My Blog List

Friday, September 8, 2017

Bagaimana Tangani Masalah Mereka (Gay)






Saya cuba cari tuan empunya gambar yang menggunakan nama samaran Manja LV tu tapi dia macam dah deactivate dah akaun Facebooknya.
Sebagai orang yang pernah berhadapan dengan individu gay ni saya tak mampu nak berasa jijik sebenarnya dengan perbuatan dia orang ni.
Memang perasaan tak suka tu ada tapi sebenarnya saya kasihan sangat dengan mereka yang mengamalkan gaya hidup homoseksual ni.
Secara peribadi saya pernah handle seorang individu gay ni. Ditakdirkan individu gay ni pernah tinggal seasrama dengan saya masa belajar kat Uitm Shah Alam dulu.
Orangnya sangat cerdik, sangat pakar dalam subjek matematik dan sangat peramah orangnya. Masa mula kenal tak tahu pun dia ni gay. Yela, muka dah la handsome.
Dengan gaya percakapan yang sangat petah dan meyakinkan saya tak rasa ada perempuan yang akan menolak.
Sangkaan saya meleset, pada suatu hari tu dia luah kat saya sesuatu yang bagi saya sangat memeranjatkan. Dia bagitahu dia tak ada nafsu pada perempuan dan terseksa tinggal sebilik dengan kawan-kawan lelaki nye.
Yela, bayangkan kalau kita yang lelaki ni terpaksa tinggal dalam bilik yang penuh wanita. Memang sangat-sangat tersiksa la kan.
Mulanya saya macam nak marah pun ada. Rasa naik jijik pun ada tapi perasaan untuk bantu dia masa tu lebih kuat. Jadi saya pendamkan je la perasaan tu.
Macam yang kita tahu individu gay ni sebenarnya macam kita juga. Dia makan macam kita. Tidur macam kita. Cuma yang membezakan dia dengan kita adalah dia ada perasaan pada jantina sejenis. Tu je.
Walaupun pada mulanya American Psychiatric Assosiation mengkategorikan homoseksualiti ni sebagai penyakit mental pada tahun 1952 dan akhirnya kategori ini dihilangkan pada tahun 1973 tapi tetap pada budaya dan agama kita ianya tetap satu kesalahan dan penyimpangan yang amat besar kan.
Cuma secara peribadi saya rasa cara kita respon dengan golongan gay ni sangat la tak betul.
Bayangkan kalau seorang doktor pakar tulang rasa jijik dengan kaki pesakit kencing manis (diabetes) yang dah hitam dan berulat. Dengan bau nanah dan bau tisu kaki yang dah mati (necrosis).
Saya jamin doktor pakar tu takkan mampu buat pembedahan untuk buang tisu mati tu ataupun pembedahan untuk potong keseluruhan kaki tu untuk menyelamatkan nyawa pesakit tu.
Seorang doktor hanya mampu membuat prosedurnya kalau dia mampu buang rasa jijik pada apa pun keadaan pesakitnya.
Seorang cikgu Pendidikan Khas tak boleh merasa jijik dengan perangai korek hidung pelajar autismenya kalau dia nak pastikan emosi dan mental pelajar autisme tu berkembang dengan baik.

Macam tu la juga kita sebagai orang yang normal ni. Kita tak boleh pandang jijik orang gay ni. Kita kena anggap mereka macam pesakit dan pelajar kita. Mereka tak perlukan cacian dan makian.
Cacian dan makian cuma akan membuat mereka makin rosak sepertimana rosaknya kesihatan pesakit diabetes jika doktor pakar tu hanya mampu memandang dengan jijik tanpa rawatan yang betul. Mereka perlukan sokongan dalaman dan nasihat yang membina.
Safiey Ilias, jutawan kosmetik yang popular dengan produk Perlaking pun cerita benda yang sama. Dia bagitahu dia sangat tertekan dengan mulut orang kita yang suka mengata dan mengeji.
Padahal dia dah berubah daripada gaya seorang makyah (transwomen) yang penuh implan silikon di dada dan di dagu kepada gaya seorang lelaki sejati. Orang masih mengeji dan memperlekeh beliau.
cara-tangani-gay-1
Jadi kalau korang nak bantu golongan gay, korang boleh bagitahu fakta ni pada golongan gay ni supaya mereka berfikir sendiri :
1. Tanamkan dalam minda mereka bahawa kita faham penderitaan mereka dan tujuan kita menasihati bukan untuk menunjukkan kita lebih baik tetapi kita memang berniat untuk membantu mereka
2. Yakinkan mereka bahawa homoseksualiti ni adalah ujian keimanan kepada mereka. Bukan bala dari Tuhan. Ada yang diuji dengan kemiskinan. Ada yang diuji dengan kemewahan. Masing-masing ada jenis ujian yang tersendiri.
3. Bagitahu mereka bahawa homoseksualiti ni boleh diubati. Walaupun ada kajian yang menyalahkan hormon androgen sebagai penyebab homoseksualiti tetapi teori ni belum 100% valid. Mulakan dengan mencari tujuan sebenar kehidupan dan mencari gaya hidup yang sihat sebab memang dah terbukti populasi gay ni 20 kali ganda lebih berisiko untuk kena HIV kalau nak dibandingkan dengan orang normal.
4. Contoh rawatan yang boleh dilakukan adalah hipnoterapi. Walaupun terapi sebenar yang paling berkesan adalah tekad individu tu sendiri tapi hipnoterapi ni boleh dijadikan sebagai terapi sampingan.
Saya sempat bertanya pada pakar hipnoterapi Malaysia , Master Rey tentang rawatan pada golongan gay ni. Beliau bagitahu dalam sesi hipnoterapi ni yang biasanya dibuat sampai 6 kali, beliau akan gali dulu akar masalah golongan gay ni.
Mereka jadi gay biasanya bersebab. Boleh jadi sebab trauma masa lampau, boleh jadi sebab pernah diliwat pada masa kanak-kanak, boleh jadi sebab terpengaruh dengan persekitaran tempat mereka membesar.
Lepas tu beliau akan bina mindset yang baru dan insyaAllah sedikit demi sedikit perasan suka pada kaum sejenis boleh dihilangkan walaupun bukan 100% berhasil kalau tanpa tekad yang kuat dari dalam untuk berubah.
Bila saya pandang golongan gay ni dan tiba-tiba rasa nak maki saya akan pandang dulu diri sendiri. Saya nampak baik ni pun bukan sebab saya baik tapi sebab Allah yang tutup aib saya.
Jadi kepada masyarakat di luar sana. Jom kita jadi masyarakat yang penyanyang. Baru la komuniti kita akan kembali sihat. Kebencian dan caci maki hanya akan membuatkan komuniti kita makin tenat.
Saya Taufiq Razif hanya doktor perubatan biasa. Bukan ustaz dan bukan juga pakar psikologi. Saya cuma rasa bertanggungjawab untuk berkongsi ilmu dan kasih sayang.
Sila tegur jika ada info di dalam yang bertentangan dengan disiplin ilmu psikologi. Melalui kefahaman yang saya ada, insyaAllah tak ada.
Artikel di atas disumbangkan oleh Taufiq Razif. Boleh ikuti beliau di sini.

Memahami Maksud Dunia Mereka ( PLU )






Husband anamyraa selalu cakap dekat myraa yang myraa nie tak faham dan tak akan faham dia. Ya myraa tak nafikan myraa perempuan dia lelaki. Myraa tak kan faham dia. Dan dia pun tak akan faham myraa. Dia kata myraa tak akan faham naluri dia yang songsang tu.

Masa tu myraa memang tak tahu sangat gay tu macam mana. Myraa selalu akan terasa bila dia bercakap dengan lelaki walaupun itu jiran or bapak sedara dia  sendiri. Kadang-kadang dengan bapak dia pun myraa risau.. ALLAH paranoidnya myra kan..
 yelaa myraa dah fobia sangat.
Husband myraa kta bukan semua jenis lelaki yang dia minat ada jenis2 dia.
lepas pada tu myraa cuba kaji sedalam2nya untuk 'faham' dan kenal2 dalam2 mereka nie.

Yang myraa nak kongsikan di bawah nie adalah apa yang myraa ambil dari blog mereka. Term yang dia kongsikan nie sangat membantu untuk kita untuk kenal dunia mereka nie. sebenarnya banyak lagi tau term yang ada dalam dunia mereka nie. nanti entry seterusnya myraa kongsikan.
anamyraa harap sangat mereka yang dah terjebak dengan buadaya songsang ini kembali ke pangkal jalan. jika perkara ini tidak salah Allah tidak akan murka, masyarakat tidak akan marah dan pulau. hati tidak akan gelisah jika orang lain tahu.
semoga ALLAH lindungi kita semua.. amiin.



MEMAHAMI MAKSUD
ada terlalu banyak term yang digunakan.. dalam dunia PLU pun ada guna pelbagai term perkataan yang membawa maksud tersendiri.. misalnye kalau bagi PLU lelaki lah perkataan macam bottom, top or flexi..
kalau PLU perempuan pula guna perkataan butch dan femme.. kadang-kadang, ada orang tak faham dengan term-term ni.. even ada juga orang PLU sendiri tak tahu apa maksud PLU.. ada yang pernah tanya aku, apa beza antara PLU dengan gay?

Dulu aku pernah chat dengan seorang adik ni, bercakap lah tentang perkataan-perkataan yang banyak digunakan dalam golongan PLU.. dia cakap lah kalau boleh aku tulis satu post tentang segala term yang usually digunakan dalam golongan PLU.. aku pun actually plan nak tulis post tentang tu lah dulu tapi tak jadi-jadi.. so sekarang aku nak tulis lah serba sedikit tentang pengunaan terms ni semua.. just the basic terms je lah..

-------------------------------------------------------
 
PLU
apa yang korang faham dengan maksud PLU? PLU tu datang dari perkataan 'People Like Us'.. pendapat orang mengenai PLU tu apa benda berbeza-beza.. ada yang mengatakan PLU tu exclusive untuk gay.. maksudnya 'gay = PLU'.. so, ada yang kata lah, yang biseksual tu bukan dari kalangan PLU.. ada pula yang pernah chat dengan aku kata bagi dirinya 'gay dengan PLU' tu pula berbeza maksudnya.. gay tu macam orang yang dah terlalu songsang sangat.. tapi kalau PLU mereka takde lah songsang sangat.. songsang di sini merujuk kepada lifestyle.. maksudnya 'gay' adalah individu yang suka cari seks, banyak skandal, jenis yang memang sosial.. tapi PLU pula jenis yang moderate.. takde lah ‘expose-expose’ sangat.. mungkin lebih kepada discreet macam tu lah.. tu mengikut pendapat orang yang aku pernah chat lah.. ada pula yang kata, PLU ni exclusive untuk golongan songsang lelaki je.. lesbian, pengkid tu semua, bukan sebahagian dari PLU.. but then, ada pula perempuan lesbian and pengkid pun guna perkataan PLU tu untuk refer golongan mereka gak..

so, apa yang dimaksudkan dengan PLU?

for me lah (PLU according to Encik Putera) PLU tu sama ertinya dengan LGBT..

PLU = LGBT

so, dengan kata lain, PLU tu merujuk kepada empat kolongan ini iaitu Lesbian, Gay, Bisexual dan juga Transgender.. so, kalau mengikut permahaman dan pendapat aku, keempat-empat golongan ni juga adalah sebahagian dari PLU.. maka, PLU tu tak exclusive untuk gay sahaja, tapi juga merujuk kepada golongan lesbian, biseksual dan juga transgender.. so, sekali lagi, PLU tu sama sahaja bila kita fikir mengenai term LGBT..

for me,      PLU = LGBT

but, PLU dan LGBT pun ada bezanya juga dari segi level nye..

term LGBT bagi aku mempunyai maksud yang terlalu formal, PLU pula lebih santai.. pun begitu, PLU dari segi tanggapan orang pula macam satu perkataan yang lebih sopan/polite berbanding kalau dengan perkataan LGBT.. usually lah kalau kita guna perkataan LGBT, ianya bunyi yang agak kasar, provokatif dan negatif.. tapi kalau kita guna perkataan PLU pula, ianya bunyi yang lebih sopan dan santai.. kalau nak faham macam perbezaan antara perkataan 'saya' dengan 'aku' lah.. 'saya' lebih sopan, tapi 'aku' macam kasar bunyi nye.. so, bagi golongan ini di Malaysia khususnya, mereka lebih prefer kata 'aku ni orang PLU' berbanding 'aku ni orang LGBT'.. sebab LGBT ni aura nya agak negatif dan provokatif, tapi PLU pula aura yang lebih sopan dan santai.. so, tu lah yang membezakan antara PLU dengan LGBT..


--------------------------------------------


then aku nak discuss mengenai perbezaan antara perkataan 'pondan, lelaki lembut, maknyah, bapok, transgender'...

(according to Encik Putera)
Pondan
merujuk kepada lelaki yang bersikap seperti wanita.. mereka mungkin suka memakai pakaian perempuan, mungkin ada memakai rambut palsu, dan sebagainya.. tapi for me lah, yang penting mengenai maksud pondan ni adalah mereka yang still tak pernah melakukan apa-apa perubahan dalam fizikal mereka.. maksudnya, mereka tak membuat pembedahan jantina, buat buah dada.. so, dari segi kelakuan mungkin bersikap keperempuanan, tapi still tak pernah ubah apa-apa di bahagian tubuh mereka untuk menjadikan mereka lebih kepada wanita..

example : watak citer Sutun

 
Lelaki Lembut/Sissy :
bersikap lembut.. dari segi percakapan dan mungkin juga cara berjalan.. ada yang kata mereka ni pasti dalam golongan gay, but for me, tak semua lelaki lembut itu adalah gay.. beza antara lembut dengan pondan adalah yang lembut ni lebih prefer untuk berpakaian lelaki.. mereka tak suka berpakaian seperti seorang perempuan.. dan actually mereka tak nak jadi seorang perempuan.. lebih prefer untuk jadi lelaki.. so, lembut di sini bermaksud dari segi tingkah laku mungkin seperti seorang perempuan, tapi dari segi dalaman pula, hati lebih prefer untuk jadi lelaki berbanding nak jadi perempuan.. Adakala mereka tu minta kepada wanita Cuma perwatakan sahaja lembut

example : watak dalam citer Hantu Kak Limah.. watak je.. bukan pelakonnye..

 
 
Maknyah :
seorang lelaki yang dari segi fizikal dan dalaman seperti seorang perempuan.. sekali pandang kadang-kadang boleh tertipu yang mereka ni sebenarnya asalnya lelaki.. mereka ni sudah pun menyimpan rambut panjang, mengubah fizikal diri seperti membuat buah dada dan mungkin juga ada yang sudah buat pembedahan jantina.. so, dengan kata lain, mereka ini perempuan yang sebenarnya adalah seorang lelaki..
 
Bapok :
bapok dengan maknyah berbeza.. ini menurut dari apa yang dikatakan oleh seorang maknyah, bapok adalah seorang lelaki yang mahu jadi perempuan.. tapi aura lelaki mereka itu lebih kuat.. so, kalau mereka nak jadi perempuan, memang nampak tak kena sebab memang obvious mereka ni adalah lelaki.. berbeza dengan maknyah, sekali pandang kita boleh salah anggap yang maknyah ni perempuan.. tapi bapok pula sekali pandang pun dah tahu mereka ni asalnya lelaki.. senang cakap, bapok ni yang tak lawa.. tapi maknyah pula yang cantik-cantik..
 
perbezaan antara maknyah dengan bapok :
yang ni maknyah
 


yang ni pula bapok

Transgender :
untuk term ni pula, for me merujuk kepada mana-mana jantina yang telah menjalani pembedahan ubah jantina.. tak kira lah lelaki jadi perempuan ke, or perempuan jadi lelaki.. so, mereka ini digelar sebagai golongan transgender..