Assalamualaikum...
melihat
sahabat2 berkahwin..
saya tumpang
bahagia..
saya juga baru
berkahwin..
melihat mereka
tersenyum semoga mereka bahagia..
saya juga
tersenyum.. tapi dalam senyum ada luka yang sangat dalam..
Bismillah..
bukan saya buka
pekung di dada..
ini kenyataan
yang saya tidak pernah terfikir akan terjadi semasa saya di alam remaja dan
bujang.
semoga ianya
tidak terjadi pada yang akan berkahwin di kemudian hari..
saya berkahwin
dengan dia B pada tahun 201_
..kami bertemu
secara family macthing..
kami tak
kenal.. tak bercinta.. bukan suka sama suka..
lamaran
pertama, saya tolak..
sebab tak
bersedia..
kemudian atas
nasihat kawan2.. dan melihat keadaan sendiri dan keluarga...akhirnya saya
terima.
saya terima
bukan atas kehendak sendiri... tapi bila saya kata terima, saya ikhlas terima
dia..ikhlas untuk belajar cintakan dia.
dalam sebulan
selepas terima lamaran, kami bertunang..
dan 2 bulan
seterusnya kami nikah.. tambah tolak perkenalan kami hanya 3 bulan.
dalam tempoh
bertunang kami langsung tak berhubung..
sehinggalah
saya suarakan pada ayahnya..
dan akhirnya
dia hubungi saya mungkin kerana ayahnya..
kami berhubung
hanya kerana urusan kahwin.
saya cuba
menjaga batas apa yang patut dijaga.
selain itu,
dalam banyak2 lamaran yang datang sebelum dia.. saya terbuka hati untuk pilih B
kerana saya rapat dengan family dia.. dan kerana family dia sangat baik dalam
soal agama.
family yang
sangat saya kagumi selama ini.
saya sangat
berharap dia juga begitu dan membimbing saya.
sangat berharap
perhubungan yang terjaga dari maksiat dan di redhai tuhan.
setelah
berkahwin Allah uji saya dengan ujian yang sangat berat.
sekarang usia perkahwinan
kami tidak sampai setahun..
saya dapat tahu
dia mempunyai naluri songsang setelah 7 bulan berkahwin..
dari mula
kahwin dia tidak mempedulikan saya.. biarkan saya seorang diri di kamar.
sejak itu, saya
mula curiga adakah dia gay?
tapi tak mungkin,
dia nampak sempurna seperti lelaki normal. malah bertubuh sasa(sado)..
saya cuba
berbaik sangka.. mungkin dia malu atau tidak biasa..
lama kelamaan..
saya semakin curiga.. dia sangat rapat dengan abang angkat dia. handphone dia
tidak benarkan saya lihat..
bercakap
telefon jauh dari saya.
banyak tindakan
dia seperti menyorokkan sesuatu dari saya.
tapi saya masih
cuba untuk bersangka baik.
akhirnya sampai
satu detik saya terbaca suatu catatan silam. catatan peribadi simpanannya..
tertulis luahan hatinya.. :(
dia boleh
teransang apabila melihat tubuh badan lelaki..
dalam ceritanya
itu dia sedang memerhati tubuh badan lelaki yang sasa dan tegap yang
diminatinya. menggairahkan dia.
dan dia sangat
cintakan lelaki itu... katanya dia sangat rindu sayang.. dan suatu hari nanti
akan katakan 'i love you' pada lelaki tersebut..
dalam
catatannya itu ada beberapa lelaki yang dia sangat suka bukan seorang.
dan dia sangat
mengharapkan hubungan yang lebih dari itu..
setelah baca
hati nie sangat2 kecewa.. :'(
dia tidak
pernah kata rindu cinta dan sayang pada saya..
walhal saya
tanya pun dia tidak jawab. sanggup bergaduh hanya kerana saya bertanya "awak
rindu saya tak?".
tidak layakkah
seorang isteri bertanya soalan seperti itu?
tidak layakkah
saya?..Allah... :(
saya tidak
berhenti menangis selama seminggu..
betapa
terlukanya hati nie..
saya tanya
"kenapa awak kahwin dengan saya?"
dia jawab.
"sebab saya mahukan anak dan saya tidak berkahwin untuk sebuah
penceraian".
adakah benar?
orang berkata,
gay berkahwin untuk mempergunakan wanita sebagai cara untuk menutup perbuatan
mereka..
adakah untuk
menunjukkan pada masyarakat bahawa mereka adalah lelaki straight (normal)..?
atau tuntutan
masyarakat dan keluarga untuk berkahwin?
adakah saya nie
hanya mangsa yang diperalatkan.. :(
selepas
kantoi..terbongkar sedikit demi sedikit apa yang dia sembunyikan selama ini..
kawan2 dia
kebanyakan golongan sepertinya.. berkenalan melalui laman sosial.. kebanyakan
umur yang agak berusia (tua)..
jika difikirkan
logik.. macam mana la mereka ini boleh berjenalan dan berkawan.. agak
meragukan..
dia
mengaku..dia pernah oral sex dengan beberapa lelaki gay.. pernah tengok porn..
dan pernah berdating bersama lelaki2 gay. hancur luluh hati saya.. :'(
Allahhu
Akhbar... (semoga saya terus kuat untuk hadapinya)
sekarang di
depan saya dia menangis..
katanya dia
tidak minta semua tu terjadi pada dirinya..
naluri pelik tu
datang sendiri sejak dari sekolah rendah..
sudah beberapa
kali dia usaha untuk buang naluri pelik tu..
dan sekarang
dia sedang usaha untuk buang naluri tu..
hari nie bila
ditanya, dia menangis lagi katanya susah..
dia tak boleh
buang naluri tu tapi dia kata dia boleh cuba untuk bertahan..
saya telah
terluka sewaktu awal kahwin, sewaktu dia tinggal jauh dari saya, dia tidak
mesej or telefon saya.
tapi dia boleh
pulak mesej kawan dia..
sebelum kantoi
hampir selalu cakap dalam talian bersama abang angkatnya sangat mesra.. tidak
pernah dia layan saya semesra itu.. :(
kebiasaannya,
apabila sekali
sudah hilang kepercayaan.. ianya tak akan kembali seperti biasa..
saya sentiasa
ragui dia..
sentiasa
selidik dan perhati gerak geri dia..
benarkah dia
akan bertahan?..
dan sampai bila
dia boleh tahan..?
setelah
terbongkar siapa dia..layanan dia pada saya nampak perubahan tapi masih
dingin..
kami tak macam
pasangan bercinta..
sayang kami,
hubungan kami seperti adik abang..
dia hanya
'layan' saya penuhi hasrat saya kerana nak penuhi tanggungjawab nafkah batin
sahaja..
itu pun macam
tak ikhlas.. nampak dari air wajah dia..mimik wajah.
tanpa kasih dan
cinta.. emosi yang tidak dipenuhi..
adakah cukup
nafkah batin?..
bak kata orang
dia sangat pasif terhadap saya..
saya pulak yang
terpaksa aktif..
dalam hati rasa
sangat malu..
macam kita
pulak lelaki..
rasa seperti
kita ja terhegeh kat dia..
dulu kaum adam
yang datang mendekati..
selalunya saya
didekati bukan saya yang mendekati..
sesuai dengan
fitrah lelaki..
tahap tertarik
pada perempuan dari segi fizikal or seksual lebih dari wanita..
tapi bila ada
suami dia tak peduli..
saya tidak
selesa.
saya beri penuh
perhatian tapi dia tak hargai..
dia layan saya
tanpa sentuhan cinta dan kasih sayang..
dalam bermesra,
dalam bercinta selalunya saya yang mulakan dulu..
saya malu..
selalu saya ja
yang mulakan..
dalam hubungan
yang saling mencintai.. mereka selalu berusaha saling melengkapi..
bukan seorang
ja kan..?
dari segi
nafkah zahir..
rumah saya
sediakan.. makan pakai saya semua saya sendiri yang usahakan.. bukan untuk diri
saya tapi dia juga..
saya tak
nafikan dan saya tahu dia ada usaha juga mengikut kemampuannya..
cuma saya harap
dia sedar dia seorang lelaki dan seorang suami dan bakal seorang ayah.
saya berharap
dia benar2 bertanggungjawab.
memang dia ada
usaha untuk berubah tapi tak nampak bersungguh.. tidak meyakinkan saya..
saya bimbang
dia curang di belakang..
bila saya
tengok dia sembang dengan lelaki, sangat mesra.. kadang tengok dia tergedik2
pun ada..macam nak menggoda gayanya..
di tempat awam
mata dia selalu tengok lelaki.. dan saya tau gay mereka boleh detect sesama
sendiri..
mereka saling
renung depan saya..
saya perhati
dan sakit hati. kecewa teramat..
hubungan kami
baik..nampak bahagia di mata orang..
tapi secara
dalaman hati saya terseksa..
saya tak tahu
sejauh mana dia akan betul2 berubah.
perubahan itu
yg sangat saya harapkan..
dia kata dia
mampu bertahan
sebab berkahwin
dan ada saya..
adakah benar?
ramai lelaki
gay diluar sana yang ada isteri dan ramai anak..
saya tak nafi..
dia baik..
solat tak
tinggal.
kadangkala
berjemaah di masjid.
datang dari
keluarga yang sangat jaga soal agama.
saya tak faham.
kenapa dia jadi macam tu.?
saya sedih saya
dah mula sayang dia.. :(
tapi
dia?...
sebab sayang
saya susah nak tinggal dia..
ada yang
nasihat saya untuk bercerai..
tapi kalau
bercerai..
adakah saya
akan jumpa lelaki yang lebih baik dari dia..?
adakah benar
lelaki straight (normal) juga mengecewakan...??..
dan pandangan
masyarakat status janda..?
doakan saya..
:'(
semoga diberi
kekuatan dan petunjuk.
>>>>>>>>>>
harap perkara nie tidak berulang lagi pada orang lain.. amiin..
KEPADA GOLONGAN
GAY OR PLU DI LUAR SANA............
saya mohon dan
merayu sangat2..
jika anda sudah
berkahwin dan masih aktif sebagai gay/lesbian/ LGBT atau PLU tidak mahu
berubah..
saya mohon
tinggalkanlah pasangan anda dengan cara baik..
saya yakin anda
bukan seorang yang zalim..
dan..
jika anda
seorang yang baik..
janganlah
berkahwin..
anda akan
menyeksa jiwa pasangan anda..
kecuali anda
benar2 mahu berubah...
in shaa Allah usaha
baik untuk berubah Allah akan buka jalan........
~anamyraa~
salam.. puan boleh tolong check email? saya ada email sesuatu untuk perbincangan
ReplyDeletetq
- qurratulain