My Blog List

Monday, February 22, 2016

Percaya atau Tidak

Sukar untuk kita kembalikan kepercayaan yang telah hilang..
tergugat dek masa silam yang mempengaruhi perbuatan..

dan perbuatan itu menjerut satu hati yang sedang berusaha keluar dari kegelapan..
hati itu baru mula mencari sinar..
dan kini terhenti di pertengahan kerana sebuah kepercayaan yang hancur..

ibarat kayu yang hangus terbakar..
adakah ia menjadi abu atau arang..
adakah arang mampu kembali menjadi kayu setelah hangus di mamah api..?

begitulah hati ini.. (''_ )

sukar untuk ia kembali seperti sedia kala.
dan keraguan itu akan kekal ditempatnya..
salahkah mereka yang diragut kepercayaannya untuk tetap ragu?
apakah tiada hak untuk mereka yang digerut dan digoncang keyakinannya untuk terus percaya..

ia mewujudkan satu tempat yang asing didalam hati..
tempat yang lain..
bukan lagi seperti sebelumnya
di satu tempat yang wujudnya kepercayaan dan keyakinan.

p/s kamu dah hancurkan hati ini.
kamu dah lukai kepercayaan ini..

apakah usaha kamu untuk kembalikan ia seperti sedia kala..?

andai arang tidak mampu lagi memjadi kayu..
tetapi arang ia masih mampu membantu mereka sedang lapar..
bahkan menyambung silaturahim.

dan arang yang gelap itu andai kamu usaha ia mampu menjadi perhiasan sebuah rumah yang suram.

[tiada yang mustahil dengan izin Allah.]



Monday, February 15, 2016

Kita yang diujiNya,( PeopleLikeUs )

Dalam dunia nie ada banyak perkara yang kita tidak faham dan  akan mungkin faham kecuali kita merasainya..

Setiap orang diujiNya dengan dugaan yang diberikan mengikut kemampuannya.
Ujian itu untuk menguji tahap keimanannya.

Allah Maha Adil.

Tidak dijadikan manusia itu dilahirkan hina.
Bermula dari alam rahim lagi sehingga tiba masa ke dunia.
Setiap bayi yang baru melihat alam dunia dilahirkan dengan fitrahnya yang sangat suci dan bersih.

Walaupun takdirNya dia seorang yang kurang upaya fizikal/mental atau dilahirkan dalam agama yang bukan agama fitrah.

Hakikatnya dia dilahirkan dan dijadikan dalam keadaan fitrah.

sewaktu hambaNya sedang mengenal erti masa dan dunia..
dia sedang membesar dengan pengaruh Ibu bapanya atau penjaga yang mencoraknya
Seperti hadis di bawah.

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah ( Islam ), maka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nashrani atau Majusi."
(HR Al-Bukhari & Muslim )

Allah itu Maha Adil..
tiada siapa yang dilahirkan hina.
Andai dia mahu jadikan ckita semua Islam.
Kita semua sempurna.
sesungguhnya Dia Mampu.

Tetapi Allah takdirkan dugaan dalam hidup kita dengan peringkat kemampuan kita.
untuk menguji kita
siapa kita yang lebih beriman denganNya.

dan mengangkat darjat kita.
Saat kita berjaya hadapinya dengan usaha kita sendiri.
ianya dari dalam diri kita sendiri.

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama ALLAH; ( tetaplah atas) fitrah ALLAH yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. tidak ada perubahan pada fitrah ALLAH. (Itulah) agama yang lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui"
(Q.S Ar-Rum 30:30)

Makanya siapakah yang dilahirkan jiwanya bukan fitrah sejak azali lagi..?
siapa?

Andai naluri itu kita rasakan sedang berada dalam fitrah kejadianNya.
No!
itu bukan 'fitrah' dalam diri yang hadir sendiri.

Ia adalah bisikan hitam yang menenggelamkan fitrah suci yang asalnya wujud dalam diri kita.

Ibaratnya yang putih itu fitrah,
yang hitam itu naluri itu.

Hitam itu menutup mata hati.
Dan kita keliru.
walaupun secara normal kita menolak.
semakin lama.
akhirnya kita mengakuinya.
bahawa naluri itu diciptakan untuk kita.

Andai benar ia wujud tanpa diminta.
Ia hadir kerana izinNYA.
Maka tiadalah sejarah wujudnya kemusnahan di bumi kaum Luth.
ianya terjadi bukan kerana ALLAH zalim.
No!

Sedarkah kita
ia hadir untuk uji hati kita.
Siapakah yang paling beriman.

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan"
 (al Anbiya’ 35)


Ya Ujian ini berat,
Sukar untuk kita buang naluri yang wujud bukan di undang dengan sengaja.
Lahirnya dengan sendiri.
(pada fikiran kita, hakikatnya naluri itu wujud akibat dari perbuatan mdan tingkahlaku kita atau persekitaran yang mempengaruhi samada sedar atau tak)

Andai kata kita Berjaya lepas dari belenggu naluri songsang itu.
Di saat..
Kita jihad…
Kita lawan sekuat-kuatnya..
Adakala kita tersungkur..
Sakit untuk bangun kembali..
Dan akhirnya dengan sedaya upaya kita cuba bangkit.

Susahkan..?

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? 3. Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
  (Al Ankabaut 2-3)

Dan apabila sampai satu ketika
Kita dapat lihat kita telah Berjaya
Berjaya harungi ujian dan dugaan.

Yakinlah kamu disisi ALLAH ada yang paling hebat.

Kerana kita antara manusia yang Berjaya dalam berjihad melawan naluri yang orang lain tidak akan pernah faham.
Sesungguhnya ALLAH faham kita.

Dan disitu ALLAH mengangkat martabat kita.

‘Orang Macam Kita’
Yang sedang diuji diluar sana..
Andai anda sedang diuji umtuk berperang dengan naluri gelap yang wujud dalam diri anda..
Bertarunglah….
Dengan penuh kesungguhan yang kuat.

Saya yakin anda mampu.!
Anda hebat dihati saya
Sangat hebat…… :’)

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."
 (Al A’Raaf 179)



Sunday, February 14, 2016

Jadi baik?

Kenapa perlu jadi baik?


Syukur selama aku membesar dari aku kecil sehingga aku dewasa aku selalu tidak berpeluang untuk melakukan sebarang perbuatan sosial yang bermaksiat.
Sama ada aku sendiri yang tidak  mahu atau keadaan yang tidak mengizinkan.

Jauh di sudut hati aku. Aku amat mengharapkan sebyah kebaikan dan mahu jadi baik. Aku mahu bahagia.
Dan di setiap sudut dalam hati nie aku sentiasa berdoa. Semoga Allah jadikan aku orang baik. Mungkin doa itu menghalang aku. Dari perbuatan maksiat dan terkutuk.

Doa bileh mengubah takdir.
Dan doa itu senjata mukmin.

Semakin hari dan tahun berlalu.
Aku dekatkan diri dengan mereka yang baik2. Walaupun kadang rasa x layak.
Ilmu aku x sehebat mereka.
Tapi x sangka. Berkawan dengan mereka ilmu semakin bertambah.

Dan aku semakin cenderung untuk melakukan perbuatan baik.
Sebab syurga impian aku.
Tapi ternyata. 
Susah.
Sakit
Berat.

Hakikat jadi baik.
Sungguh..
Apakah kamu dikatakan beriman padahal kamu tidak diuji?
Ada dalam Al-Quran surah apa aku tak ingat.

Ya..memang sakit. Susahnya jadi baik.
Aku selalu rasa bagai ditindas.
Dikhianati.
Di sakiti.

Mengapa perlu jadi baik untuk disakiti.
Bahagiakah jadi baik.?

Rasa bagai diri dipijak.. dihenyak.. dilanyak lumat.

Hancur jiwa.

Sungguh.
Apabila melihat kejahatan dan kemungkaran merata setiap inci tanah.

Sakit..
Mereka..
Kecewakan hati nie..
Tanpa belas dan rasa..

Kenapa diri ini tidak mampu seperti mereka.

Apakah aku beruntung untuk terus disakiti.?

Mereka yang ingkar mendapar kepuasan.
Mereka yang lurus terus parah terluka..

Adakah hidup ini tidak adil..
Atau manusia itu sendiri.

ALLAH meletakkan keadilan itu dalam akal setiap manusia.
Dan sesungguhNya Allah itu adil atas stiap ciptaanNya.
Adil itu datang apabila manusia berfikir dengan petunjukNya.

Ya Allah lindungi aku untuk terus berada dijalanNya.
Kuatkan kaki ini. 
Agar apa pun terjadi.
Andai 'tanah' tergoncang sekali pun,
Aku tidak berganjak.