MAWAR MERPATI?
Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya
Lagu segenggam tabah nyanyian kumpulan nasyid inteam bermain
di fikian.
Kisahku.
Usah Ditanya, “Mengapa?”
******
Pokok mawar yang semakin mekar menambah semangatnya untuk terus
tersenyum tika hati dirundung kesedihan. Inilah pokok pertama yang berjaya Fiqah tanam setelah
pemergian ayah buat selama-lamanya. Masih segar di ingatan, selama ayah
hidup Fiqah sering merosakkan pokok mawar merah yang sering ditanam
ayahnya di kebun bunga pinggir bukit. Fiqah sering memetik bunga mawar itu dan
menghiasnya di dalam bilik juga di telinga agar nampak cantik. Fiqah amat suka akan mawar,
terutama wawar putih dan merah. Tetapi kini
pokok mawar hanya tinggal kenangan. Ayah telah tiada. Pokok mawar itu telah diganti dengan pokok orkid. Fiqah
merenung sekuntum mawar dipinggir bukit bawah sebatang pokok yang
rendang. Sewaktu angin meniup lembut
wajahnya, tanpa disedari air yang bertakung di mata membasahi pipi.
“ Ayah..Fiqah rindu ayah.” tangisan akhirnya terzahir di
bibir.
Setelah ayah pergi
hidup fiqah berubah dari langit yang cerah bertukar mendung. Kemana hilangnya
mentari yang sering menyinari senyumannya.
“ Hey, Fiqah kau buat apa kat sini. Anak keturunan
macam kau nie tak layak duduk di sini. Pergi!” kata Mak Ngah sambil
menolak dahi Fiqah sehingga tersungkur ke tanah.
Fiqah dihalau dari kebun orkid yang pernah diusahakan oleh arwah
ayahnya. Fiqah bangun dengan sebak dihati lalu pulang ke rumah. Kebun orkid itu bukan lagi
kepunyaan mereka setelah pemergian ayah fiqah . kebun itu telah dipindah milik
sewaktu ayahnya terlantar sakit . Mereka telah ditipu helah oleh Mak Ngahnya
yang sering bermanis mulut. kehidupan mereka semakin susah setelah semua duit
simpanan ayah terpaksa digunakan untuk membayar hutang-hutang ayah tirinya.
“ Dari hari pertama saya kahwin dengan awak seSen pun duit
makan awak tak pernah bagi untuk fiqah. usah disebut nafkah, duit sekolah saya
yang tanggung sorang. Awak nie lelaki jenis apa. Duit asyik habis
ja. Pergi ke mana? Duit saya yang awak
bagi pun awak ambil balik. Untuk masa depan lah katanya. Tetapi ke mana? Sampai
sekarang awak, jangan ingat saya tak tahu awak buat apa kat luar, orang kampung
semua dah bercerita. Saya cakap elok-elok awak buat tak dengar ja. Awak dengar
tak nieee!” kata ibu pada ayah.
“Ah.! Aku peduli apa. Dia bukan anak aku. Anak kau
kan. kau jagalah.!” Tengking ayah pada ibu.
Fiqah menutup kedua telinganya. Tidak tertahan hatinya
mendengar pertengakaran itu. Ayah sering mengendahkan kata-kata ibu. Setiap hari mereka bergaduh menambah tekanan dihati
Fiqah. Hati kecilnya semakin tertekan
tika hidupnya sering dicerca penduduk kampung dan saudara terdekat.
Saudara arwah ayah amat bencikan ibu kerana
mereka fikir wanita miskin seperti ibu hanya berkahwin dengan arwah ayah kerana
harta. Dan pelbagai fitnah yang dilemparkan pada ibu setelah
pemergian ayah menyebabkan penduduk kampung dan saudara ibu juga membenci ibu.
” Ayah.. Fiqah nak ikut ayah..” Fiqah menangis.
“ Fiqah tolong ibu boleh? Tolong ibu belikan telur dan susu
adik. Ibu minta maaf tak dapat berikan makanan yang enak untuk anak-anak ibu.” Kata ibu pada Fiqah ketika
melihat fiqah meletakan basikal di tepi bangsal. ibunya berkata dengan linangan
air mata yang ditahan agar anaknya tidak perasan tetapi tetap terzahir bagi
Fiqah yang amat mengerti perasaan ibunya.
Fiqah terpaksa mengayuh basikal sejauh 2 kilometer ke
pekan untuk ke kedai. Hanya itu kenderaan yang ada di rumahnya. Kereta dan
motor yang ada terpaksa diserahkan pada keluarga arwah ayah. kerana fitnah
antara ayah kamal dan ibu, keluarga ayah terus membenci ibu. silaturahim dan
hubungan kekeluargaan bagaikan terputus.
Fiqah memerhati satu persatu jenama susu tetapi tiada satu
pun yang sesuai dengan duit yang diberikan ibunya. Penduduk kampung hanya tahu menghina atas kesengsaraan
yang mereka hadapi daripada membantu. Baru fiqah sedar sebaik-baik Penolong adalah Allah.
Kadangkala basikal fiqah ditendang sewaktu pulang dari sekolah. hidup
mereka semakin dicaci orang apabila ayah sanggup ke tempat kerja mengayuh
basikal sejauh 7 kilometer ke Bandar kerana tiada pilihan lain. Ayah kamal
diberhentikan kerja daripada bekerja di
syarikat keluarga. Seluruh akaun dan kredit ayah kamal dibekukan oleh datuk
kerana fitnah itu.
Meskipun ayah kamal tidak bertanggungjawab terhadap Fiqah, tetapi dia
masih memikirkan anak serta isteri yang berjaya menarik hatinya dari zaman
persekolahan. Tetapi hasrat itu terhalang tika arwah adik tirinya yang Berjaya
memulakan langkah. Itulah hakikat yang harus diterima manusia. Jodoh itu
ditangan Allah. Apabi la telah tersurat tiada siapa yang mampu menghalang.
Meskipun ayah kamal begitu tetapi usahanya yang sanggup
bekerja mencari rezeki yang halal dengan menaiki basikal melalui perjalanan
yang amat meletihkan. Itu yang mengagumkan fiqah. Cuma sikapnya yang ingin
cepat kaya denga cara yang mudah amat mengecewakan hati kecil fiqah juga
ibunya.
“harga susu dah naik. Apa yang harus aku lakukan.?”
Kata Fiqah.
Fiqah terpaksa mengambil susu yang paling murah dari
kebiasaan. Tetapi apabila difikirkan Fiqah meletakkan susu itu semula. Adik
pertamanya ada masalah penghadaman perlu meminum susu yang disyorkan oleh
doktor dan dah tentunya harga yang mahal. Selain itu adik juga ada masalah
jantung. Lalu apa yang harus dilakukan Fiqah. Fiqah cuba untuk berunding dengan
tuan kedai itu untuk berhutang tetapi tidak dibenarkan kerana hutang yang
dahulu dah dua bulan tidak dibayar. Fiqah kembali semula ke rak susunan
susu itu, direnungnya sedalam-dalam. Hatinya tidak tertahan sebak
“adik nak minum susu apa.? Berat badan adik dah semakin susut. Doktor kata berat
badannya dah tahap kritikal. Ya Allah tolonglah hambaMu ini, adikku yang kecil
itu tiada dosa Ya Allah. jika aku tidak mampu membeli susu ini apa yang
akan aku beri padanya. Adikku sakit, Ya Rabb.” Kata Fiqah dengan nada rendah.
Fiqah berjalan perlahan keluar dari kedai itu menahan sebak
di hati.
“ Fiqah, mari sini.” Panggil tuan kedai itu.
“ Baiklah saya bagi awak susu ni dan telur untuk adik-adik
awak dan keluarga awak. Tetapi dengan syarat awak kena bekerja di sini
mulai esok. Faham ..? Fiqah, Adik awak sakit? Kenapa tak cakap pada saya
awal-awal?..” kata tuan kedai itu menghilangkan resah dihatinya.
“ Ya Allah sungguh Kau membantu hambaMu tika memerlukan.”
Rintih hati fiqah hilang duka di dadanya.
“ Fiqah kenapa lambat? Adik-adik menangis dari tadi lapar
susu.” Kata ibunya sambil mengendung adik bongsunya yang berusia dua minggu.
Sementara memberi air kosong pada adiknya yang berusia setahun.
Tersenyum fiqah melihat adiknya bertatih ke arahnya.
“ibu mulai esok Fiqah pulang lewat pukul 10 malam baru
Fiqah balik. Ibu, izinkan fiqah kerja. Kerja ni langsung tak mengganggu sekolah
fikah. Balik sekolah baru fikah kerja. Ibu kan masih dalam pantang. fiqah nak
tolong ibu.” Kata fikah dengan bersungguh-sungguh dengan berharap ibunya
izinkan.
“maaf, bukan ibu tak izinkan. biar ibu yang kerja
mengambil upah menjahit dan menyulam untuk butik-butik di pekan lepas habis
pantang nie. Rasanya mungkin cukup untuk kita anak beranak.” Kata ibu
untuk menghilangkan duka dihati anak sulongnya. Dengan pujukan Fiqah, akhirnya
ibu izinkan.
Seperti biasa setelah pulang dari sekolah Fiqah akan
ke kedai Haji Hasyim. Haji hasyim amat baik, memberi Fiqah kerja dengan
pakej makanan percuma. Gajinya dipotong untuk hutang-hutang ibunya. Dengan
berbekal gaji bersih rm200 sebulan setelah ditolak duit hutang dan barangan
keperluan adik-adiknya seperti lamping,susu dan wang rawatan adik syahira telah
banyak membantu ibunya. Duit ayah tirinya sering tidak cukup untuk membayar
keperluan rumah kerana tangannya sering menyentuh benda haram iaitu gemar berjudi.
Setelah pulang dari kerja, fiqah mengayuh basikal di bawah
sinar cahaya bulan dan sampai dirumah hampir 11 malam. fiqah menyiapkan kerja
sekolahnya sehingga pukul 2 pagi. Di sekolah pada waktu rehat fiqah tidak makan
tetapi mengambil kesempatan itu untuk mengulangkaji.
Bermula hari ini kedai haji hasyim tutup untuk dua minggu
kerana pak Haji Hasyim ke singapura. Adik telah berusia tiga bulan. ibu ke
Bandar untuk membeli benang, manik dan mengambil kain tempahan.
Fiqah diminta untuk menjaga adik-adiknya. Tanpa
sengaja adiknya yang berusia setahun tiga bulan iaitu nurul iman syahira telah
menarik kain meja lalu air panas yang digunakan untuk membancuh susu telah
tertumpah dikaki adiknya.
“Adiiik...!” jerit fikah tanpa sempat menahan air panas
itu. Adik menangis tanpa henti . ibunya yang pulang dengan hati duka kerana
tiada tempahan terdengar jeritan di dapur lalu bergegas ke dapur. Fiqah
tersungkur ke lantai setelah di tampar ibu. Ibu mengambil senduk lalu memukul
tangan Fiqah sekuat hati.
“aku tahu dia tu bukan adik kandung kau. Aku tahu
bapak budak nie tak bertanggungjawab. Aku tahu aku tak dapat beri apa yang kau
nak. Tak dapat bagi makanan sedap-sedap. Tak dapat bagi macam arwah ayah kau
bagi dulu. Tapi takkan kau nak bunuh budak nie macam kau bunuh adik kau
dulu.! Aku letih lah! tak berguna aku minta jaga adik pun tak boleh, adik tu
sakit. Bapak tiri kau tu pun menyusahkan hidup aku ja. Bapak kau tu kenapa dia
pergi tinggalkan aku macam ni..? Aku pun nak ikut dia, anak dia yang ada pun
tak boleh harap...!dia pergi pun sebab kau!” tengking ibu sambil memukul
Fiqah.
setelah senduk patah ditukar pula dengan batang penyapu
tanpa menghiraukan esakan Fiqah. Setelah melihat Fiqah lemah tak berdaya.
Ibunya menghentikan pukulan. Dipeluknya dengan penyesalan. Kesal memukul anak
sulungnya dengan tekanan emosi. kesal dengan diri yang melepaskan tekanan dan
perasaan itu pada zuriat keturunan dari insan yang dicintainya.
“ Sayang, ibu minta maaf. Kata-kata ibu tadi bukan niat ibu.
Ibu tertekan. Maafkan ibu.” Kata ibunya dalam esakan.
Dalam sedu mereka berpelukan. Kaki adiknya tidak teruk cuma
merah dan lecur sedikit kerana air itu sudah hampir suam tidak terlalu panas
untuk mencederakan kulit halus itu.
“ Fiqah kenapa nie,nak..? ayah kamu pukul lagi..? sampai
birat lebam kat tangan nie. teruk nie. ambil ubat nie sapu kat lembam tu.” kata
haji hasyim pada Fiqah
Fiqah tidak menjawab hanya mendiamkan diri.
sewaktu pulang,
basikal fiqah ditahan oleh mak kiah.
“kau ambik kain ni pergi bagi pada perempuan murahan tu.!”
kata mak kiah dengan nada sinis.
“sapa mak kiah? saya tak faham.” Tanya fiqah.
“ mak kau sendiri pun kau tak kenal kah..? satu kampung ni
pun dah tahu kau yang dekat dengan dia pun tak tahu..! cakap kat mak kau dah la
dulu rampas tunang orang, arwah bapak kau tu. sekarang rampas tempat aku
mencari rezeki. hah ambil kain nie pelanggan kedai tu nak mak kau yang jahit.
pergi cepat aku tak suka tengok muka kau.” kata mak kiah dengan penghinaan.
“Mak kiah jangan kata ibu saya macam tu. ayah putus tunang
dengan makcik sebab perangai mak cik tu sendiri, dan ayah tak cintakan makcik.
semua ayah dah cerita kat saya. dan lagi satu jodoh,pertemuan, dan rezeki itu
ditangan Allah. ibu saya mencari rezeki yang halal. dan peluang ini atas usaha
dia. kalau nak rezeki lebih kena usaha lebih. minta maaf makcik. sebaiknya kita
jangan tuduh orang tanpa usul periksa. jangan lupa apa balasan menfitnah. minta
maaf. saya minta diri..” tegas Fiqah kerana tidak tertahan dengan hinaan demi
hinaan yang diterimanya setiap hari.
keesokan hari di sekolah fiqah dipanggil guru untuk ke
pentas. Fiqah kehairanan mengapa namanya dipanggil. rupanya Fiqah telah berjaya
mendapat kedudukan pertama dalam sekolah, pelajar terbaik. Alhamdulillah.
“ Fiqah, kamu nie kenapa tak pernah nak bercakap
dengan orang..? kamu buat hal kamu ja. orang nak tanya apa-apa kat kamu pun
susah. banyak persepsi yang buruk tentang kamu, meskipun persepsi buruk bukan
bermakna sikap kamu pun perlu seiring dengan kata-kata itu. seharusnya kamu
menidakkan untuk membela dirimu, menyendiri bukan keputusan yang membantu. jika
kita mahukan sesuatu kita kena berusaha, sesuatu itu tidak akan bergolek datang
dengan sendiri, dengan usaha Allah AKAN BANTU, erti hidup bukan menyendiri
haiwan pun berkomuniti, mahupun tumbuhan, kamu seorang yang bijak pandai, kamu
seharusnya mengerti, sahabatku. cara kamu tu bukan sebaik-baik cara, cubalah
belajar untuk hidup kerana kita masih hidup.” kata Laila teman sekelasnya.
"usahlah ditanya mengapa, kamu pasti tidak akan
mengerti". bisik hati fiqah, lalu meminta diri untuk ke tandas.
sikap pendiam dan menyendiri Fiqah menyebabkan
teman-teman sebaya tidak puas hati dengannya. keadaan hidup hinaan dan cercaan
orang membuatkan Fiqah takut untuk bermasyarakat. bukan sikapnya begitu tetapi
hanya dia yang tahu betapa fobia dan takut dihatinya. Sewaktu arwah ayah
masih ada fiqah lah orang yang paling petah berkata-kata. tetapi kini, berdiam
diri seredup hatinya.
perilakunya dari seorang yang periang berubah setelah
kelihangan dua orang insan yang amat berharga dalam hidupnya. insan yang
teramat Fiqah sayang.
“ Fiqah rindu ayah, fiqah rindu adik..moga kita jumpa lagi
di Sana nanti..” tangis fiqah.
*******************************************************************************
sewaktu fiqah berusia 9 tahun dia dikurniakan seorang
adik yang comel. seorang adik perempuan yang bernama nurul iman syafinaz.
setelah pulang dari sekolah tempat pertama fiqah akan pergi adalah bilik
adiknya nurul. di sekolah wajah adiknya sentiasa bermain di fikiran. mendalam
kasihnya terhadap adik. peneman baru hidupnya ketika itu.
“ ibu fiqah nak dukung adik nurul..” kata Fiqah sambil
memegang lengan adiknya yang halus.
“ Nurul iman syafiqah, dengar sini. kamu tu tak mahir
lagi dukung adik kecil.” kata ibunya melarang kehendak fiqah.
“ibu, fiqah nak dukung juga. nak dukung adik juga.” tanpa
menghiraukan tegahan ibu fiqah mendukung adiknya.
setelah Berjaya mendukung adiknya fiqah ke raung tamu
dan ke halaman rumah. adik menangis mungkin kelaparan fikirnya, lalu fiqah ke
ruang tamu untuk mengambil susu. sebelah tangannya dilepaskan dari mengendung
adik untuk mengambil botol susu, sebelah lagi tangan mengendung adiknya dengan
erat. adik semakin aktif kakinya menendang lengan Fiqah.
“ adiik...!” jerit fiqah. tangkas tangannya menyambut
adiknya agar tidak terjatuh ke lantai. tetapi gagal adik terlepas jua ke
lantai.
“Fiqah kenapa dengan adik? Allah, anak ibu.. kenapa cuai
fiqah.?” kata ibu dengan kesal terhadap dirinya kerana tidak mengawasi
anak-anaknya.
ibu call ayah untuk memberitahu keadaan adiknya.
“ abang, anak kita nurul, fiqah bagi jatuh. kena tahan wad kecemasan. sekarang
kat hospital.”
ayah bergegas ke hospital. di fikiran hanya memikirkan
keadaan anaknya sehingga ayah tidak perasaan akan lampu merah. akhirnya ayah
dilanggar oleh sebuah kereta. ayah disahkan koma. sementara itu adik ditahan
wad selama dua hari. adik disahkan selamat. tetapi ayah. dah sebulan ayah masih
tak sedarkan diri.
“ayah mesti kecewa dengan fiqah. semua nie salah
fiqah. ayah, fiqah minta maaf. fiqah janji tidak akan ulangi kecilapan ini.
fiqah sayang ayah. fiqah sayang adik. ayah bangun ayah. bangun.” rayuan fiqah
pada ayahnya.
fiqah sentiasa disisi ayah sewaktu di wad. air mata tidak
pernah kering. sejak ini senyuman di bibir fiqah kian pudar. setelah sebulan
terlantar di hospital ayah telah sedar dari koma dan di benarkan pulang.
keadaan ayah tidak stabil agak kritikal kata doktor. doktor tidak dapat berbuat
apa-apa hanya berserah pada takdir. sudah seminggu fiqah tidak ke sekolah
kerana ingin menemani ayahnya.
“ ayah, fiqah minta maaf. fiqah sayang ayah. ayah jangan
buat fiqah takut lagi ea..?” kata fikah sambil memeluk ayahnya.
“ fiqah, tolong ingat pesan ayah ni. jangan fikir macam tu,
nak. apa yang jadi dan yang bakal terjadi itu adalah takdir hidup kita sebagai
hamba. itu ketentuan Allah. kita sebagai hamba Allah harus terima dengan rasa
syukur dan redha. fiqah, kita kena bersangkan baik dengan Allah. segala yang di
tetapkan ada hikmahnya. jangan berputus asa dengan rahmat Allah, ye sayang
ayah.” nasihat ayahnya pada fiqah agar senyuman itu kembali. mungkin fiqah
masih belum memahami maksud tersirat pesanan ayahnya. tetapi setiap bait ayat
masih segar di ingatannya. Ayahnya yakin fiqah akan mengerti suatu hari nanti.
setelah tiga bulan terlantar sakit ayahnya pergi buat
selama-lamanya. adik nurul demam panas. doktor sahkan adik menderita penyakit
jantung bengkak dan berlubang di bahagian spectrum antara bahagian aorta dan pulmonary
artery menyebabkan percampuran darah oxygenated blood dan deoxygenated
blood punca adik semakin lemah. Sakit adik mungkin akibat dari
hentakan yang kuat. doktor tidak boleh membuat pembedahan bimbang ada
komplikasi kerana injabnya sempit dan tersumbat. dua bulan melihat penderitaan
adik dengan tube pernafasan menjalar dihudung dan mulutnya. seluruh
badan si kecil yang tiada dosa ini dipenuhi wire dan tube penafasan. adik
semakin kurus. gelak tawa dan tangisnya sudah tiada. hanya terlihat kerlipan
mata yang lemah tak bermaya.
“ Ya Allah sudah dua bulan adik menderita di ICU, Kau
lindungilah adikku Ya Allah.” fiqah menangis lagi. tidak tertahan hatinya
melihat penderitaan adik yang tidak mengerti apa-apa tentang erti kehidupan.
“ fiqah jom ikut PakCik kita ke hospital sekarang tengok
adik.” kata pakcik pemandu ayahnya mengejutkan fiqah dari tidur.
dalam perjalan PakCik mendapat sebuah panggilan.
“ Fiqah, adik dah tak ada.” kata pakcik dengan wajah
simpati.
fiqah mengukirkan senyum paksa dibibirnya pada pakcik untuk
menenangkan dirinya dan menganggap kata-kata dari pakcik itu adalah satu
gurauan. lalu wajah fiqah dialihkan ke cermin kereta. entah mengapa walau
ditahan air hangat itu tetap mengalir dipipinya. melihat suasana pagi yang
suram seperti itulah hatinya tika itu.
“ adik dah tak ada?..” bisik hatinya.
jam 2.25 pagi adik disahkan pergi selamanya. turun dari
kereta fiqah terus berlari ke wad adik. sewaktu melihat adik dimandikan
jururawat, adik kelihatan lemah tidak bernyawa. hatinya tidak mampu menahan
sebak. akhirnya tangisan itu terzahir.
“ ibu.. fiqah nak ikut adik.. nak ikut ayah..” esakan
tangisan fiqah.
********************************************************************************
melihat mawar yang sudah bertambah kuntumannya mengembalikan
kisah silam tentang arwah adik dan ayahnya.
“kita bukan perpisah. tetapi menunggu saat untuk bertemu
disana. moga Allah memberi kekuatan pada diri.” Kata fiqah untuk memujuk hati.
“ ayah,hakikatnya fiqah tetap bersalah. adik pergi kerana
kecuaian fiqah. abah pergi pun puncanya fiqah.” sehingga kini fiqah tetap
menyalahkan dirinya. keadaan ini menyebabkan fiqah hilang semangat dan
keyakinan diri.
“kamu ni buat apa kat sini. ambik pokok bunga ni pergi tanam
kat rumah kau. ni bukan tanah kau lagi. pergi dari sini!” kata makngah pada
fiqah sambil menyumbat bunga mawar pada bibir dan menolak fiqah jatuh ke pohon
rendang yang kian lama menjadi peneman dukanya. tanpa menghiraukan tangisan
fiqah, makngah menampar fiqah dengan hati yang penuh perasaan dendam. duri yang
tajam melukakan lidah dan bibirnya. seminggu dia tidak boleh makan. sungguh
jika ikutkan hati selemah manusia sememangnya fikah tidak tahan. tetapi
teringat akan pesan ayah membuatkan fiqah tabah menghadapinya.
“ dah lah saya kahwin dengan awak sebab terpaksa.
sekurang-kurangnya hargai saya dan fiqah. tolonglah berhenti berjudi. itu bukan
perbuatan yang baik. kalau bukan sebab anak kita dan lama saya minta cerai..!
awak tolong fikir hati saya dan fikah.” rayuan ibu pada ayah kamal.
pertengkaran mereka didengari fiqah sewaktu pulang dari pohon rendang di
pinggir bukit.
Perkahwinan ibu dan ayah kamal adalah satu paksaan. pakcik
kamal adalah abang tiri kepada arwah ayah. ibu difitnah dan kerana fitnah itu
ibu terpaksa berkahwin dengan pakcik kamal. kerana terhutang budi dengan
keluarga itu ibu terima pakcik kamal. meskipun ayah kamal tidak pernah
mencederakan ibu, dan nampak baik di mata insan ketika itu tetapi ayah kamal
sering menipu ibu dengan pelbagai helah untuk berjudi kerana tidak tahan akan
tekanan hidup yang susah. Berbeza dengan hidupnya sebelum ini yang dimanjakan
dengan kemewahan.
Ayah kamal juga telah menghabiskan duit simpanannya untuk
menyara keluarga dan dilaburkan untuk perkara haram. Setelah habis duit
itu ayah kamal berhutang pula. itulah rakusnya sikap insan yang tidak pernah
bersyukur dengan apa yang di milikinya. insan yang tidak yakin rezeki itu
di'tangan' Allah SWT. serta insan yang malas untuk berusaha tika menginginkan
sesuatu dalam hidupnya.
“awak, saya minta maaf. saya terpaksa serah awak pada
mereka. hanya semalam. mereka tidak akan menganggu saya lagi. awak rela jika
saya serahkan fiqah?.. saya tahu awak sayang dia. dia pun masih muda. saya tak
nak rosak masa depan dia, jadi saya pilih awak. awak kena tolong saya. please
dear ?” rayu ayah kamal pada ibu.
sikap ayah kamal bukan sahaja memberi akibat pada dirinya
malahan pada anak-anak dan orang yang dicintainya. itulah hidup insan jika
mendekati perkara yang tidak diredhai Allah. tidak akan mendapat ketenteraman
dan kebahagiaan. walau apa pun yang ingin dilakukan untuk kesenangan keluarga
dan diri janganlah sesekali kita mendekati perkara yang ditegah oleh Allah
kerana ada hikmah yang tersembunyi disebalik tegahan itu. akurlah dengan
ketentuan Allah. ada kebahagiaan yang bakal menanti di hujung waktu meskipun
harus menghadapi kesukaran, adalah lebih baik dari kesengsaraan yang abadi.
“ saya tak nak terlibat dengan benda haram. awak tolong
ceraikan saya. saya tak akan buat perkara yang di murkai Allah. ingatlah abang,
pasti ada jalan penyelesaiannya. tetapi bukan dengan cara ni. tolonglah
bertaubat. Allah itu Maha Pengampun. dan jangan sesekali libatkan anak saya.!”
rintihan ibu itu tidak didengari.
ibu ditolak ke dinding. kepala ibu berdarah. ayah
menghampiri bilik fiqah, diheret fiqah keluar ke ruang tamu. Sikap ayah kamal
semakin berubah semenjak mengotorkan tangannya dengan menyentuh judi yang haram.
“ awak nak saya libatkan dia dalam hal nie?saya tak nak buat
macam ni, tapi awak yang paksa saya buat macam ni. awak kena faham mereka minta
awak untuk satu malam ja, kalau tidak kita satu keluarga akan diganggu.
anak-anak masih kecil. ingat tu.” kata-kata ayah itu membuatkan ibu terpaksa
akur dengan semua ini. dia tidak rela anak dari suami tercintanya menjadi
mangsa. juga tidak rela anak-anaknya diganggu.
sebulan ibu tak mahu makan hanya berkurung dalam bilik.
“ Ya Allah, apa pun yang telah Kau aturkan dalam hidup
kami.maka berilah kami kekuatan. keluarkan kami dari belenggu ini. berilah ibu
semangat yang kental. dan berilah petu njuk pada ayah.” rintih hati fiqah
sambil meletakkan makanan di meja pinggir katil. tangannya memegang dahi ibu.
ibu demam panas.
************************************************************************
5 bulan kemudian fiqah ditawarkan ke matrikulasi untuk
melanjutkan pelajarannya. sewaktu kelas bahasa inggeris. pensyarah meminta melakukan ice
breaking. satu kumpulan dua orang. fiqah dipasangkan dengan seorang jejaka yang
bernama idham. aktivitinya adalah sesi perkenalan diri. semua kena
memperkenalkan diri pada pasangan masing-masing.
“ What is your dream in the future?” Tanya idham
“i wish to have a big house and a big car.” jawab
fiqah. jawapan itu membuatkan idham tertawa kecil kerana merasakan jawapan itu
agak lucu.
Itu apa yang terzahir di pandangan manusia. tetapi yang
tersirat siapa yang mengerti. mungkin hanya impian biasa. tetapi bagi fiqah
rumah besar itu adalah untuk ibu dan adik-adiknya tinggal dengan selesa. dan
kereta besar itu untuk mereka sekeluarga agar dapat menggantikan basikal bukan
untuk dirinya. dan dia mengharapkan itu bukan hanya impian suatu hari nanti.
insyaAllah.
“ the last question, what is your ambition?” Tanya
idham.
cita-cita fiqah adalah ingin menjadi seorang
doktor pakar jantung kanak-kanak kerana ingin menyelamatkan kanak-kanak yang
senasib dengan adik syahira dan arwah adiknya, nurul. rasa bersalah itu tidak
pernah hilang hingga kini. setiap kali ayah kamal marah pasti dia akan kata
fiqah itu seorang pembunuh. penyebab kematian adik dan ayah kandungnya.
fiqah akan lebih menyalahkan dirinya apabila ibunya juga berkata begitu ketika
tidak dapat menahan emosi dan tekanan. Fiqah semakin tertekan. Tetapi tiada
sesiapa yang mengerti kecuali ibunya. Dan Sesungguhnya Allah lebih mengerti
makhluk ciptaanNya lebih dari seorang hamba itu mengerti dirinya sendiri.
Dari peringkat sekolah hinggalah ke matrikulasi fiqah hanya
bercakap dengan insan yang dikenalinya. kadangkala menyendiri kerana tekanan
itu bimbang dirinya tidak mampu mengawal emosi. hatinya sering terluka saban
hari sejak pemergiaan ayah. bimbang untuk bergaul dengan rakan-rakan hatinya
terlalu sensitif dengan kata-kata insan. Teringat akan kata-kata temannya
sewaktu di sekolah menyebabkan fiqah cuba belajar menyesuaikan diri seperti
insan biasa. meskipun kadangkala tewas dengan emosinya sendiri apabila
mendengar perkabaran dari rumah.
Fiqah mendapat cuti seminggu. pada pagi raya suasana hening.
ayah kamal tidak pernah
ada pada hari-hari penting seperti ini. suasana hening itu
tiba-tiba menjadi riuh dengan deringan telefon. ibu mendapat panggilan dari
rumah keluarga ayah. mereka akan datang ke rumah. Alang gembiranya hati fiqah,
hidupnya setelah pemergian ayah dia tidak pernah berkesempatan beraya bersama
mereka. fiqah gembira sambil memasak rendang untuk mereka. setelah mereka
sampai, makngah leka bermain dengan adik. inilah kali pertama keluarga itu
melihat adik bongsunya.
“ Ayu, kau kena faham keadaan kau sekarang. kamal tu kami
dah tahu perangai dia macam mana. kami hanya nak tolong daripada dia beri anak
ni pada orang, sebaiknya kau serahkan pada aku. aku nak tolong kau besarkan
budak ni ja. nanti kau dah senang kau boleh ambil balik. aku bagi kau rm1000.
aku nak ambil sekarang.”kata makngah dengan nada sinis.
“ kak, tolonglah jangan pisahkan saya dengan anak saya. tu
anak saya. saya akan jaga dia.” rayaun ibu.
kata-kata ibu disanggah oleh nenek dan datuk. setelah itu
pakngah dan kemudian pakcik.
“ tetapi berilah aku sedikit masa untuk bersama anak aku,
buat masa terakhir. bagi aku masa untuk berfikir, sebulan atau
sekurang-kurangnya seminggu.?” kata ibu.
“ tak payah! kau boleh jaga dalam masa sebulan? aku tengok
kat dapur pun susu dah tak ada, dulu kau boleh lah harap fiqah, sekarang dia
pergi belajar. kau nak harap sapa lagi. nak jaga seminggu? tapi budak ni tak
selamat dengan kamal. aku dengar dia nak serah pada orang Bandar dan dia dapat
duit. kau nak macam tu. lebih baik aku jaga. sekurang-kurangnya aku mak saudara
dia. kalau dia dah besar biar dia buat pilihan sendiri nak balik kat mak dia
yang miskin ni atau hidup senang dengan aku. aku nak bawa dia pergi sekarang.
baung masa aku ja mai sini kalau aku balik macam tu ja. baju,susu,
barang-barang dia aku tak ambil. aku boleh beli.” kata makngah tanpa
menghiraukan tangisan ibu.
Dengan kata-kata kuat dari keluarga ayah, datuk dan nenek
ibu fiqah tidak dapat buat apa-apa. adik diambil dari pangkuan. fiqah hanya
mampu melihat setelah kata-katanya sebagai anak sulung tidak didengari.
sudah tiga hari fiqah lihat ibu hanya menangis sambil melihat buaian adik. ibu
fiqah akan menangis setiap kali melihat pakaian adik dan barang-barang
permainannya sepi tanpa gelak tawa manja si kecil. Melihat tangisan itu hatinya
semakin remuk.
“ibu, fiqah akan tolong untuk dapatkan adik semula.” bisik
hati fiqah.
“ fiqah, kamu perlu tumpukan perhatian semasa saya
mengajar.” kata puan normah. pensyarah biologi di dalam kelas tutor kerana
fiqah tidak menumpukan perhatian semasa belajar.
Fiqah menemani rakannya berjumpa dengan seorang ustazah.
Pelbagai soalan yang diajukan berkaitan agama. Keadaan ini mendorong fiqah
untuk bertanya perihal hidupnya dari segi hukum agama.
“ ustazah apa hukum jika seseorang itu memberikan anaknya
pada orang lain?” Tanya fiqah pada ustazah.
Pertanyaan itu dijawab dengan soalan kerana ustazah
tidak pasti keadaan sebenar untuk menjawab. Akhirrnya fiqah terpaksa
menceritakan perkara sebenar. Sebak dihati ustazah dan rakan-rakan mendengar
kisahnya.
“ lihat ye kamu semua, kadang-kadang kita melihat seseorang
itu ceria. Tetapi hakikatnya kita tidak mengetahui dia juga diduga oleh Allah.
Malah ujian dia mungkin lebih berat dari kita. Fiqah, Allah tidak akan menguji
seseorang itu luar dari kemampuan dia. Dan Allah menguji hambaNya kerana rindu mendengar
suara hambaNya dalam mengingatiNya. Kita hamba yang lemah sering ingat Dia
dikala kita ditimpa kesusahan. Ingatlah sesungguhnya Allah menyayangimu,
syafiqah.” Kata-kata terakhir ustazah memberi fiqah semangat untuk terus hidup.
Biar siapa pun ayah kamal, sebesar mana dosanya. fiqah tidak
boleh menghukum mahupun membencinya. Tetapi bencilah perbuatannya. Sebaik-baik
penghukum yang paling layak adalah Allah. Siapalah kita hamba yang kerdil dalam
menghukum dan membenci manusia tambahan manusia itu bukanlah maksum suci
daripada dosa, melakukan kesilapan dan dosa itu adalah lumrah kelemahan
manusia. Oleh itu kita seharusnya sentiasa bertaubat. ustazah sering memberi
nasihat di dalam kelas membuatkan hati fiqah semakin berminat mendalami ilmu
agamanya sendiri. Ya Allah ampunilah khilafku ini.
Belakangan ini, adiknya yang menghidap penyakit
jantung itu, syahira sering demam dan tidak sihat. Fiqah susah hati. Kesihatan
fiqah juga tidak menentu membuatkan fiqah tidak mampu memberikan tumpuan pada
pelajaran 100%.
“ fiqah, tak sangka hidup fiqah macam nie. Kenapa fiqah tak
pernah cerita kat kami sebelum nie..?kami bersimpati.” Tanya aisyah teman
sekelasnya.
Fiqah hanya tersenyum.
“usahlah ditanya mengapa. Kamu pasti tidak akan
mengerti” bisik hati fiqah.
Seminggu fiqah tidak makan. Hanya makan sekeping roti. Duit
elaun yang diterimanya telah diberi pada ibunya sewaktu balik cuti. Rakan-rakan
sering mengatakan fiqah tidak reti membelanjakan wang kerana wang yang diterima
sepatutunya cukup untuk makan dan minumnya disini. Setelah mengetahui fiqah
datang dari keluarga yang susah cara hidupnya diperhati kerana cara hidup fiqah
amat berbeza dari insan susah yang lain. ramai lagi yang hidup susah, malah ada
yang lebih susah tetapi bagi mereka cara hidup fiqah amat berbeza. Mereka pelik
dengan cara hidupnya. Bagi fiqah, biarlah hanya dia sahaja yang mengerti
hidupnya.
Usah ditanya mengapa kerana baginya mereka semua pasti tidak akan
mengerti dan akan terus bertanya “mengapa” ...
To be continue...