My Blog List

Sunday, January 31, 2016

Hidup dalam mati

Assalamualaikum..

Semoga kisahku
Menjadi pengajaran dan motivasi buat wanita dan lelaki di luar sana.

Mungkin usia ku masih muda.
Masih banyak yang perlu aku lalui untuk terus hidup.

Aku dilahirkan di sebuah bandar bersejarah.

Pada usia itu ibu dan ayah sudah 2 tahun berkahwin.

Sewaktu aku berusia 3 bulan. Ibu dan ayah tidak tinggal serumah.
Ayah tinggal di Kuala Lumpur untuk mencari rezeki.
Ibu pula tinggal bersama aku di sebuah kampung.

Ibu menangis selalu terasa lemah tanpa seorang suami di sisi.
Ibu kuatkan semangat untuk tinggalkan aku. Lalu ibu hantar aku ke rumah nenek.

Walaupun baru berusia 3 bulan tidak mengerti soal kehidupan. Aku menangis dan terus menangis. Tanpa henti setiap kali ibu tinggalkan.

Entah mengapa aku terus menangis. Tidak mampu aku berpisah dengan ibu.
Keadaan aku yang semakin teruk.
Ibu nekad untuk tinggalkan pekerjaannya dan pulang.

Di pangkuan ibu. Aku diam. Aku rasa selamat. Mungkin.

Ibu.. AC sayang sangat pada ibu. Tak mampu AC nak balas jasa ibu.

Setelah genap setahun aku dan ibu berpindah ke sebuah rumah di kuala lumpur.

Dan kami hidup bertiga disana. Sampai satu masa aku diberikan seorang adik perempuan.

Teman hidupku. Teman aku bermain.
Dari kecil sehingga aku remaja.
Ibu dan ayah selalu bergaduh dan bertengkar.

Aku tidak memahami. Apakah sebuah pertengkaran dapat menyelesaikan masalah yang sendiri masih belum mengerti.

Jiwa seorang anak. Adakah tenteram.? Dan terus melihat tiada sinar bahagia dan kemesraan dalam sebuah perhubungan.

Ibu dan ayah sangatlah besar pengaruhnya pada anak-anak.
Sungguh kami tidak mengerti apa yang sedang ditunjukkan dihadapan kami.

Apa sebenarnya bahagia..?

Hati aku tertekan melihat sebuah pertengkaran..
tidak adakah cinta dan kasih sayang antara mereka?

Apakah itu cinta?
Adakah untuk menyeksa?

Sungguh dalam keadaan tidak mengerti si anak kecil.
Persekitaran akan membentuk jiwa mereka.

Hati aku retak.
Aku kecewa melihat kehidupan seperti itu.
Adakah perkahwinan untuk sebuah pertengkaran?

Ayah dikatakan kaki perempuan.
Dan ayah kaki judi dan joli dengan duit yang dia ada.

Hakikat rezeki yang Allah bagi pada ayah adalah juga hak kami.

Aku redha.
Dan terus berdoa semoga Allah beri ibu bahagia.
Dan ayah diberi hidayah.

Setiap hari aku lihat ibu menangis.
Sedih.
Aku tidak kuat.
Lihat orang yang aku sayang menangis dan kecewa.

Sungguh ujian yang Allah beri untuk didik kita. Lihatlah dengan mata hati.
Dan belajarlah cari kebaikan yang ada disetiap kesakitan.

Aku teruskan hidup seperti biasa.
Ibu semakin kecewa tetapi tetap tabah untuk teruskan kehidupan dan masih mampu tersenyum agar kami gembira.

Hati ibu. Dia simpan seorang. Sungguh aku anak sulung aku lihat dan aku fahami hatinya.

Lelaki..
Tanggungjawab kamu besar. Apabila kamu kahwin.
Sungguh andai kamu kecundang. Hancurlah beberapa jiwa, sebuah keluarga
dan masyarakat.

Wanita andai kamu lemah.
Jangan pernah lupa Allah sentiasa disisi kita.

Bila adik dilahirkan.
Dan akhir adik pergi.
Akulah puncanya adik pergi selama2nya.
Saat dia ada itulah ceria kami.
Bahagia kami.
Gelagatnya.. senyumnya.. tawanya..
Sungguh aku rindu.

Maafkan ac adik..
Ac minta maaf.
Ac x sengaja.

Adik pergi buat selamanya.

Dan keluarga kami kurang faham erti takdir Allah.

Aku dipersalahkan.
Dan saat itu aku rasa..
"Ya aku salah, aku bagi jatuh adik, akulah punca adik sakit, semua nie salah aku!"

Setiap hari aku menangis dan terus menangis.
Aku tidak mahu bercakap dengan sesiapa dan tak mahu makan.

Saat itu aku masih kecil baru darjah enam. Apa yang aku fahami tentang takdir..?
Solat?
Aku masih tidak faham kenapa aku perlu solat.

Aku tidak kenal siapa tuhanku.

Saat itu aku hidup dengan dunia aku.
Bagai tiada siapa yang hidup disekeliling aku yang fahami aku.
Dan sayangi aku.
Aku lah yang salah dan semua orang benci aku.

Aku pergi lihat kubur adik yang masih merah.
Aku genggam tanah..
Rasa hati nak gali semula kubur.
Nak masuk jumpa adik.
"AC sayang adik sangat2."

Takdir Allah mendidik jiwa untuk terus bergantung padaNya. Saat kita redha dengan ujianNya. Ketenangan itu akan datang.

Ibu dan ayah membuat keputusan untuk pindah ke kampung. Ayah penuh dengan hutang sekeliling pinggang.

Ibu kata ada sindiket sedang cari ayah dan dia bimbang keselamatan kami ke sekolah.

Di kampung, aku tenang dengan kehijauan. Tetapi keegoan aku menafikan.
Aku ingin kembali ke kuala lumpur.
Aku tidak mahu hidup dikampung.
aku tidak tahu cara hidup disini bagaimana.
Aku mahu jumpa adik.

Lama kelamaan aku mula merasa diri terasing kerana aku tidak tahu langsung seluk beluk dan cara hidup dikampung.
Untuk mempelajarinya aku mula berkawan.

Mereka mendekatiku.
Ingin berkenalan denganku.
Usikan kaum lelaki membingitkan telingaku.

Sikitpun aku tidak layan.
Aku berkawan dengan sorang kawan yang bernama SY..
Dia seorang kawan perempuan yang sangat baik.
Memahami aku. Dan sangat sabar dengan kerenah aku.

Dia bimbing aku untuk tidak terjebak dengan perbuatan yang salah.
Selalu nasihat aku dekat dengan Allah.

Aku bahagia. Bila Allah didik aku dengan kasih sayangNya.
Apabila aku kecewa di suatu tempat. Dan dengan izinNya dia pindahkan aku ke suatu tempat.

Di tempat itu aku belajar. Erti hidup yang sebenar.
Kesusahan yang kami alami dikampung.

Kami dicemuh dan dihina.
Terasa hinanya hidup bila susah.
Kami miskin dan kami tidak diperlukan.

Dan ingatlah Allah sangat dekat dengan golongan yang miskin dan doa mereka makbul.

Aku selalu doa nak jadi baik. Nak kawan baik. sebab aku teringin bak jadi baik.
Dan Allah bagi aku seorang kawan yang sangat baik.
Sampailah sekarang aku masih berkawan dengan dia.

Di matrik aku ditemukan dengan seorang lelaki yang sangat baik.
Dia perasaan sifat aku yang agak pelik. Suka menyendiri.
ALLAH gerak hati dia mendekati aku.

Dari situ aku kenal usrah dan aku tinggalkan dia.
andai bahagia raihlah redha Allah..
Allah pisahkan kami mungkin antara aku dan dia..
ada seperkara yang Allah tidak redha.
Matlamat tidak menghalalkan cara itu prinsip aku.
Aku mahu hati ini terjaga.
atau mungkin takdir Allah sampai situ sahaja jodoh kami.

dia dah banyak susahkan diri dia untuk bantu dia..
mungkin aku patutu undur diri untuk kurangkan beban dia.
semoga di bahagia dengan segala kurniaanNya.

Terima kasih sahabat.
Kerana ajar aku erti tabah.
Ajar aku erti kehidupan sebenar.
Ajar aku matlamat hidup sebagai hambaNya.
sampai sekarang aku masih mencari.
doakan aku tidak putus asa.

Sampai ke ari ini.
Aku masih diuji.
Semoga Aku semakin dekat denganNya.
Di situ aku merasakan sebuah ketenangan.
Semoga aku terus kuat.

amin.( -_-)




No comments:

Post a Comment