My Blog List

Sunday, February 14, 2016

Jadi baik?

Kenapa perlu jadi baik?


Syukur selama aku membesar dari aku kecil sehingga aku dewasa aku selalu tidak berpeluang untuk melakukan sebarang perbuatan sosial yang bermaksiat.
Sama ada aku sendiri yang tidak  mahu atau keadaan yang tidak mengizinkan.

Jauh di sudut hati aku. Aku amat mengharapkan sebyah kebaikan dan mahu jadi baik. Aku mahu bahagia.
Dan di setiap sudut dalam hati nie aku sentiasa berdoa. Semoga Allah jadikan aku orang baik. Mungkin doa itu menghalang aku. Dari perbuatan maksiat dan terkutuk.

Doa bileh mengubah takdir.
Dan doa itu senjata mukmin.

Semakin hari dan tahun berlalu.
Aku dekatkan diri dengan mereka yang baik2. Walaupun kadang rasa x layak.
Ilmu aku x sehebat mereka.
Tapi x sangka. Berkawan dengan mereka ilmu semakin bertambah.

Dan aku semakin cenderung untuk melakukan perbuatan baik.
Sebab syurga impian aku.
Tapi ternyata. 
Susah.
Sakit
Berat.

Hakikat jadi baik.
Sungguh..
Apakah kamu dikatakan beriman padahal kamu tidak diuji?
Ada dalam Al-Quran surah apa aku tak ingat.

Ya..memang sakit. Susahnya jadi baik.
Aku selalu rasa bagai ditindas.
Dikhianati.
Di sakiti.

Mengapa perlu jadi baik untuk disakiti.
Bahagiakah jadi baik.?

Rasa bagai diri dipijak.. dihenyak.. dilanyak lumat.

Hancur jiwa.

Sungguh.
Apabila melihat kejahatan dan kemungkaran merata setiap inci tanah.

Sakit..
Mereka..
Kecewakan hati nie..
Tanpa belas dan rasa..

Kenapa diri ini tidak mampu seperti mereka.

Apakah aku beruntung untuk terus disakiti.?

Mereka yang ingkar mendapar kepuasan.
Mereka yang lurus terus parah terluka..

Adakah hidup ini tidak adil..
Atau manusia itu sendiri.

ALLAH meletakkan keadilan itu dalam akal setiap manusia.
Dan sesungguhNya Allah itu adil atas stiap ciptaanNya.
Adil itu datang apabila manusia berfikir dengan petunjukNya.

Ya Allah lindungi aku untuk terus berada dijalanNya.
Kuatkan kaki ini. 
Agar apa pun terjadi.
Andai 'tanah' tergoncang sekali pun,
Aku tidak berganjak.

No comments:

Post a Comment