tergugat dek masa silam yang mempengaruhi perbuatan..
dan perbuatan itu menjerut satu hati yang sedang berusaha keluar dari kegelapan..
hati itu baru mula mencari sinar..
dan kini terhenti di pertengahan kerana sebuah kepercayaan yang hancur..
ibarat kayu yang hangus terbakar..
adakah ia menjadi abu atau arang..
adakah arang mampu kembali menjadi kayu setelah hangus di mamah api..?
begitulah hati ini.. (''_ )
sukar untuk ia kembali seperti sedia kala.
dan keraguan itu akan kekal ditempatnya..
salahkah mereka yang diragut kepercayaannya untuk tetap ragu?
apakah tiada hak untuk mereka yang digerut dan digoncang keyakinannya untuk terus percaya..
ia mewujudkan satu tempat yang asing didalam hati..
tempat yang lain..
bukan lagi seperti sebelumnya
di satu tempat yang wujudnya kepercayaan dan keyakinan.
p/s kamu dah hancurkan hati ini.
kamu dah lukai kepercayaan ini..
apakah usaha kamu untuk kembalikan ia seperti sedia kala..?
andai arang tidak mampu lagi memjadi kayu..
tetapi arang ia masih mampu membantu mereka sedang lapar..
bahkan menyambung silaturahim.
dan arang yang gelap itu andai kamu usaha ia mampu menjadi perhiasan sebuah rumah yang suram.
[tiada yang mustahil dengan izin Allah.]

No comments:
Post a Comment