Setiap orang diujiNya dengan dugaan yang diberikan mengikut kemampuannya.
Ujian itu untuk menguji tahap keimanannya.
Allah Maha Adil.
Tidak dijadikan manusia itu dilahirkan hina.
Bermula dari alam rahim lagi sehingga tiba masa ke dunia.
Setiap bayi yang baru melihat alam dunia dilahirkan dengan fitrahnya yang sangat suci dan bersih.
Walaupun takdirNya dia seorang yang kurang upaya fizikal/mental atau dilahirkan dalam agama yang bukan agama fitrah.
Hakikatnya dia dilahirkan dan dijadikan dalam keadaan fitrah.
sewaktu hambaNya sedang mengenal erti masa dan dunia..
dia sedang membesar dengan pengaruh Ibu bapanya atau penjaga yang mencoraknya
Seperti hadis di bawah.
"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah ( Islam ), maka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nashrani atau Majusi."
(HR Al-Bukhari & Muslim )
Allah itu Maha Adil..
tiada siapa yang dilahirkan hina.
Andai dia mahu jadikan ckita semua Islam.
Kita semua sempurna.
sesungguhnya Dia Mampu.
Tetapi Allah takdirkan dugaan dalam hidup kita dengan peringkat kemampuan kita.
untuk menguji kita
siapa kita yang lebih beriman denganNya.
dan mengangkat darjat kita.
Saat kita berjaya hadapinya dengan usaha kita sendiri.
ianya dari dalam diri kita sendiri.
"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama ALLAH; ( tetaplah atas) fitrah ALLAH yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. tidak ada perubahan pada fitrah ALLAH. (Itulah) agama yang lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui"
(Q.S Ar-Rum 30:30)
Makanya siapakah yang dilahirkan jiwanya bukan fitrah sejak azali lagi..?
siapa?
Andai naluri itu kita rasakan sedang berada dalam fitrah kejadianNya.
No!
itu bukan 'fitrah' dalam diri yang hadir sendiri.
Ia adalah bisikan hitam yang menenggelamkan fitrah suci yang asalnya wujud dalam diri kita.
Ibaratnya yang putih itu fitrah,
yang hitam itu naluri itu.
Hitam itu menutup mata hati.
Dan kita keliru.
walaupun secara normal kita menolak.
semakin lama.
akhirnya kita mengakuinya.
bahawa naluri itu diciptakan untuk kita.
Andai benar ia wujud tanpa diminta.
Ia hadir kerana izinNYA.
Maka tiadalah sejarah wujudnya kemusnahan di bumi kaum Luth.
ianya terjadi bukan kerana ALLAH zalim.
No!
Sedarkah kita
ia hadir untuk uji hati kita.
Siapakah yang paling beriman.
"Tiap-tiap yang berjiwa akan
merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai
cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan"
(al
Anbiya’ 35)
Ya Ujian ini berat,
Sukar untuk kita buang naluri yang wujud bukan di undang
dengan sengaja.
Lahirnya dengan sendiri.
(pada fikiran kita, hakikatnya naluri itu wujud akibat dari
perbuatan mdan tingkahlaku kita atau persekitaran yang mempengaruhi samada
sedar atau tak)
Andai kata kita Berjaya lepas dari belenggu naluri songsang
itu.
Di saat..
Kita jihad…
Kita lawan sekuat-kuatnya..
Adakala kita tersungkur..
Sakit untuk bangun kembali..
Dan akhirnya dengan sedaya upaya kita cuba bangkit.
Susahkan..?
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami
telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? 3. Dan sesungguhnya kami telah
menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui
orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang
dusta."
(Al Ankabaut 2-3)
Dan apabila sampai satu ketika
Kita dapat lihat kita telah Berjaya
Berjaya harungi ujian dan dugaan.
Yakinlah kamu disisi ALLAH ada yang paling hebat.
Kerana kita antara manusia yang Berjaya dalam berjihad
melawan naluri yang orang lain tidak akan pernah faham.
Sesungguhnya ALLAH faham kita.
Dan disitu ALLAH mengangkat martabat kita.
‘Orang Macam Kita’
Yang sedang diuji diluar sana..
Andai anda sedang diuji umtuk berperang dengan naluri gelap
yang wujud dalam diri anda..
Bertarunglah….
Dengan penuh kesungguhan yang kuat.
Saya yakin anda mampu.!
Anda hebat dihati saya
Sangat hebat…… :’)
"Dan
sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan
manusia, mereka
mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah)
dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat
(tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang
ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."
(Al A’Raaf 179)
Salam,puan.saya ada terbaca tentang comment puan dlm satu blog tentang ujian yg puan hadapi. Saya sebenarnya nak minta sedikit pendapat puan dengan masalah yg lebih kurang sama seperti puan.mohon kalau puan ada email address untuk saya hubungi melalui email. Saya doakan moga puan diberi kekuatan oleh Allah dan saya harap dapat berbincang ttg permasalahan saya yg lebih kurang sama dengan puan.t.kasih
ReplyDelete-cahaya petunjuk
wasalam.. blog apa ya..? boleh emel saya di cahayahumaira15@gmail.com...
Deletewasalam.. blog apa ya..? boleh emel saya di cahayahumaira15@gmail.com...
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete