Assalamualaikum..
saya terbaca entry nie di sebuah page luahan.. saya rasa
perlu untuk saya share luahan beliau sebagai satu pengajaran untuk semua..
terutama anak remaja dan golongan muda.. apatah lagi mereka yang sedang mencari
pasangan dan bakal mendirikan rumah tangga..
DILEMMA SEORANG LELAKI
Assalamualaikum. Aku Taufik (bukan nama sebenar). Aku Seorang
lelaki yang berasal dari kampung di sebuah negeri di pantai timur. Sudah lama
sebenarnya aku ingin luahkan isi hati ni. Tapi aku tak tahu dimana tempat yang
terbaik. Tadi sambil aku berfacebook, tiba keluar ruangan ni. Maka aku pun usha
dan banyak cerita yang berkisahkan kehidupan disini. Jadi aku ambik inisiatif
utk berkongsi disini jika admin izinkan. Jazakallah.
Berbalik kepada kisah aku. Aku seorang lelaki yang berusia
lewat 20-an. Aku anak sulung dalam keluarga dari 5 adik beradik. Aku dibesarkan
dalam suasana kampung dan sederhana. Ayah dan ibu aku cuma kerja biasa biasa
dan kerja kampung. Didikan yang diberi cukup baik dari segi ilmu agama dan ilmu
dunia. Aku tak salahkan mereka aku jadi begini.
Straight to the point, aku seorang yang telah terlibat
dengan dunia songsang, iaitu gay. Aku terlibat secara langsung dan secara
serius sejak tahun 2010, selepas aku sambung pengajian di peringkat universiti
di ibu kota. Aku mula kenal apa itu dunia gay yang sebenar. Sebelum ni aku cuma
ade perasaan meminati kaum sejenis, tidak lagi berani untuk terjebak sejauh
ini. Tapi, selepas aku di Universiti, aku terdedah lagi luas dalam dunia
songsang ni.
Sebenarnya naluri ni dah ade dalam diri aku sejak aku
sekolah menengah lagi. Tapi tidak secara terdedah. Semasa di universiti, sumber
dan kemudahan internet ade, jadi aku mulai kenal ape itu term-term yang
golongan ini sebut, buat dan gunakan. Website dan Aplikasi-aplikasi yang
berkaitan dunia ni boleh di download di Google Play. Gejala dunia gay ni
sebenarnya amat merisaukan dan tersebar dengan pesat dalam masyarakat kite
skrg. Sepanjang aku terlibat dgn serius dalam dunia ni, sepanjang lebih kurang
6 tahun, macam macam jenis aku jumpe dan lihat.
Serius, masyarakat kite diluar sana dah parah. Cuba
bayangkan, aku cuma nk berkongsi pengalaman aku. Aku dikurniakan Allah dengan rupa
paras yang boleh dikatakan cukup 'Ensem' dan tidak lembut. Memang orang sekeliling
aku tak akan perasan yang aku ni gay. Ia dipanggil Straight Act dalam dunia gay
atapun nama glamer People Like Us (PLU).
Bayangkan, Kalau aku pergi mana program ataupun tempat
baru,mesti akan ade golongan perempuan mudah mesra dengan aku dan jika berurusan
dalam jangka masa yang lame org cakap comfirm boleh jatuh hati. Sebab aku ni jenis
peramah dan mudah mesra dengan orang yang baru kenal. Mase kat uni dulu, ramai
juga la yang meluahkan perasaan kat aku, tapi sayang, aku terpaksa tolak. Sebab
nya, aku dah 'kapel' dengan seorang perempuan ni sejak dari sekolah menengah lagi.
Bayangkan. Aku jenis yang setia dgn perempuan. Tapi itulah masalah aku. Aku
terjebak dgn dunia songsang ni.
Kembali ke cerita tadi, korang percaya tak, ramai golongan
suami di malaysia ni terjebak dan ketagih dengan lelaki? Faham x, LELAKI. Bak
kata harian metro dulu, Maduku seorang lelaki. Yes. Aku setuju dengan tajuk tu.
Ramai sangat golongan yang berstatus suami orang ni ade affair dengan lelaki(
Termasuk aku). Aku baru kahwin 6 bulan yang lepas. Berapa ramai yang dah aku
korbankan sepanjang penglibatan aku dalam dunia yang x bermoral ni. Melebihi
2000 orang dan LEBIH. Faham x, lebih. Bertapa ramai gile kaum lelaki ni yang
terjebak dengan dunia PLU ni. Dimana mana tempat wujud, melalui aplikasi @
melalui pandangan mata dan perwatakkan. Hanya golongan gay kenal gay. Melalui
perhiasan di tubuh seorang lelaki pun kite boleh ditect samada dia tu gay @ x. Contoh,
subang telinga, gelang kaki, gelangan tangan dan pakaian.
INSAF? Aku sebenarnya lame dah nk Taubat dan nak cuci tangan
dalam dunia ni. Tapi, tiap kali aku menyesal, semayang taubat, nk jauhkan diri,
tiba datang plk dugaan. Kadang lelaki yang kachak, body tegap, muka ensem, baik
dan cukup pakej. Hancur semua penyesalan aku. Aku jenis yang x suka lelaki
lembut. Aku fokus kepada lelaki yang dilihat sebagai seorang lelaki. Yer.
Lelaki Straight Act. Mcm aku. Aku pun x pasti sampai bila aku akan terlibat. Jauh
disudut hati aku, aku nak sangat kembali ke jalan yang diredhai Allah. Jalan
yang lurus. Doakan aku yer. Moga aku kuat.
Tapi, dulu, aku terlibat tersangat kritikal dlm dunia gay
ni. Seks bebas tanpa kondom. Ia sangat berisiko. Yer, sangat berisiko utk HIV
merebak. Tapi, tahun lepas, Allah tegur aku dengan satu teguran. Allah tgk aku
semakin jauh. Dia tegur aku dgn penyakit Sifillis. Yer, penyakit kelamin. Tapi
penyakit ni boleh diubati. Alhamdulillah Allah x terus bagi aku HIV atas
Kebebasan Seks yang aku amalkan. Bila nafsu menguasai diri, otak jadi terencat
seketika.
Tapi ni dulu, mase aku tengah lalai dan kusyuk. Sebelum aku
berkahwin. Aku bersyukur sangat sangat. Kalau tak, terus gelap masa depan aku.
Syukur aku dpt peluang kedua melalui teguran Allah ni. Sekarang, walaupun aku
dah berkahwin, tapi naluri utk melihat lelaki yang segak dan kachak tu masih
ade. Kadang aku mengaku, aku masih lagi terlibat, tapi tidak seaktif dulu dan
mengamalkan seks yang selamat.
Aku tahu, ramai akan cakap aku bodoh dan seangkatan
dengannya. Tapi satu je aku nak cakap, kau x duduk dalam situasi aku dan kami,
dan kau xkan pernah akan rasa. TAPI, ramai lelaki yang sebelumnya x terlibat
dlm dunia gay, setelah dinodai oleh lelaki, xkira secara paksa, ataupun tidak
sengaja, ia akan ketagih. Yer, KETAGIH dan akan mencari lelaki juga selepas tu
walaupun dah ade isteri. Kepuasan yang dia dapat tak sama. Ini dari pengalam
aku sendiri.
Ramai kawan yang aku kenal terlibat dalam kancah ni, pada
mulanya bukan sukarela. Ade yang dipaksa, ade yang terjebak disekolah oleh
senior, ade yang kerana duit, ade yang kerana sekadar ingin mencuba. Banyak
sebab yang mendorong seorang lelaki terlibat dgn dunia ni. Ade juga kerana
kecewa dengan seorang wanita.
Sebenarnya aku nak dedahkan lebih lanjut, tapi aku xtahu
dimana yang sesuai, sesiapa yang nak terbitkan kisah berkaitan ni, boleh la
contact aku melalui email hijrahidup@gmail.com. doakan aku guys moga aku dapat
berubah kejalan yang diredhai Allah. Sebenarnya aku rindu aku yang dulu, yang
dekat dengan Allah. Dengan dgn Rasullulah. Aku pun tgh cari kekuatan ni.aku
mohon, doakan aku. Moga Allah berikan sebenar benar hidayah utk aku bertaubat
sebelum ajal datang menjemput. In Sya Allah. amin.
– Hamba berdosa
No comments:
Post a Comment