My Blog List

Thursday, September 7, 2017

Kekasih Suamiku Lelaki ( Gay?)

Entry saya kali ini adalah berkaitan kisah seorang wanita yang menjadi nusyuzz akibat suaminya sendiri.. wanita ini telah berkahwin dengan seorang lelaki yang mempunyai orientasi seksnya lebih kepada lelaki... ini adalah kisah benar yang saya ambil dari blog sebelah. semoga entry ini memberi kesedaran kepada kita semua bahawa budaya barat LGBT semakin berleluasa di sekitar kita tanpa kita sedar.






[KISAH BENAR] Kekasih Suamiku Lelaki


06/11/2015 POST By FARHANA FUAD


 





Gambar: INGimage


 


people, homosexuality, same-sex marriage, gay and love concept - close up of happy male gay couple or friends hugging from backDi usia 25 tahun, Raisa (bukan nama sebenar) menamatkan zaman bujangnya bersama jejaka pilihan yang dikenali menerusi kenalan. Kehidupan percintaan mereka singkat, hanya berkenalan selama tiga bulan dan seterusnya mengikat tali pertunangan dan akhirnya berkahwin dalam tempoh lima bulan kemudian. Semuanya indah, segalanya bahagia.


 


Farouk (bukan nama sebenar), jejaka berkulit hitam manis dan tinggi berusia 35 tahun itu mempunyai latar belakang pekerjaan yang meyakinkan iaitu jurutera di Shah Alam. Tidak sekadar itu, Raisa hanya ‘cuci kaki’ bilamana Farouk telah menyediakan segalanya buat isteri tercinta. Rumah mewah dua tingkat, kereta Vios untuk memudahkan pergi dan pulang ke tempat kerja, orang gaji agar Raisa tidak penat menguruskan perihal rumah tangga serta cash flow yang sentiasa ada dalam akaun banknya. Kehidupan Raisa inilah yang menjadi dambaan semua wanita kerana kesempurnaannya. Suami kacak, baik, berbudi bahasa serta kaya – too good to be true?


 


Ketahuilah, tiada apa yang sempurna di dunia ini. Kehidupan rumah tangga Farouk dan Raisa berlangsung biasa, tiada apa kurang atau lebihnya. Namun, sejak lahirnya anak ke dua mereka setelah enam tahun dalam dunia perkahwinan, Raisa dapat rasakan kelainan dalam setiap tingkah laku Farouk. Dia bagaikan tidak ‘bernyawa’ di rumah sendiri. Wajahnya sentiasa sugul dan gelisah tatkala malam menjelma.


 


Perbualan antara mereka suami isteri hanya berlandaskan perihal anak dan kewangan keluarga. Di kamar tidur, Farouk dingin dan menjauhkan diri daripada melakukan hubungan intim bersama isterinya. Dari sejak awal perkahwinan, Farouk tidak pernah meminta untuk melakukan hubungan kelamin. Jika Raisa mahu, dia turutkan. Jika tidak, sampai berbulanlah mereka berdua tidur berlainan bantal walau di bawah satu selimut. Raisa akui, dia tidak pernah puas.


 


Farouk bagaikan patung mengikut sahaja gerak laku isterinya. Bukan lelaki sahaja yang punya nafsu batin, wanita juga perlu dilayan serakahnya. Orang kata, jika dibiar wanita sunyi, dia mudah lari dan cari pengganti. Kalau diikutkan sikap Farouk yang sering ignorance itu, sudah lama dia mencari hiburan bagi merawat kesunyian hati. Namun, apa yang menguatkan dia adalah anak-anak serta rasa kasih kepada suami tercinta.


 


Segala persoalan mengenai sikap dingin Farouk terjawab melalui Whatsapp. Pada suatu hari dengan tidak sengaja Raisa membaca pesanan whatsapp yang dikirim tertera nama ‘Jay’. Ketika itu dia ingin meminjam telefon bimbit suaminya kerana telefonnya kehabisan bateri tanpa pengetahuan suaminya. Ah, suami isteri bukan? Apalah perlunya terlalu berkira. Di ketika dia ingin mendail, pesanan itu masuk dan dengan tidak sengaja dia terbacanya.


 


“Jangan lupa janji kita esok. I miss you.”


 


I miss you? Bukankah terlalu pelik jika ada rakan yang menghantar pesanan sebegitu? Berderau darah wanitanya. Rasa ingin tahu menyebabkan dia terus membaca pesanan Whatsapp yang lain daripada pengirim sama. Menggigil jari jemarinya bilamana membaca tulisan rindu dan madah cinta moden antara suaminya dan manusia bernama Jay itu. Tidak setakat itu, gurauan dan perbualan mengenai seks menjadikan Raisa sendiri jelik untuk terus membacanya.


 


Tanpa sedar ada air mata yang mengalir turun daripada pipi mulusnya. Sampai hati Farouk menduakan dia dengan wanita lain. Patutlah dia dingin dan bersikap acuh tak acuh selama ini. Raisa kuatkan diri dan cuba bersabar. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia menempelak Farouk dan lari meninggalkan rumah. Tetapi jika dia pergi, dari mana dia ingin mencari wang untuk menyara diri dan anak-anak? Raisa dan keluarganya sudah biasa hidup dalam kemewahan, cukupkah untuk menampung keperluan anak-anak dengan gaji yang tidak semenggah itu?


 


Kehidupan rumahtangganya yang tidak harmoni itu dikongsi bersama teman sepejabat, Rahman yang dikenalinya sejak sebelum berkahwin lagi. Rahman itu dari dulu sememangnya cintakan Raisa, namun jodoh menidakkan takdir mereka untuk bersama. Rahman patah hati, namun dia masih sayangkan Raisa. Dia mendengar segala masalah wanita kesayangannya, dan sentiasa ada agar Raisa tahu dia adalah teman yang tepat untuk dipercayai.


 


Hubungan mereka terlalu rapat, sehingga terlanjur ke kamar tidur. Sementelah nafsu Raisa yang tidak pernah dipuaskan oleh suaminya, dia hanyut dalam dakapan Rahman yang melayan dia bagaikan permaisuri. Rahman sayangkan Raisa sepenuh jiwanya dan berharap agar rumahtangga wanita itu berkecai supaya dia boleh menjadi suami sah wanita itu.


 


Raisa yang tidak puas hati dengan seloka yang dimainkan suaminya cuba mencari jawapan siapakah wanita yang membuatkan perkahwinannya porak peranda. Setelah penat berpura, Raisa berdepan dengan suaminya dan menanyakan siapakah gerangan Jay dengan esakan tangis yang dalam. Alangkah terkejutnya bila mengetahui Jay itu adalah kekasih suaminya sejak sebelum berkahwin, dan paling penting dia adalah lelaki! Makin kuat esak tangisnya sehingga meraung tidak bersuara.


 


Apa teruk sangatkah posisinya sebagai wanita sehingga suaminya menagih kekasih lelaki? Menurut Farouk, hubungan sejenis itu berlangsung sudah lama. Dia akui yang dia cenderung kepada perhubungan sesama jenis sejak di zaman kolej. Dia berkahwin dengan Raisa dek kerana desakan kedua ibu bapanya agar dia berumahtangga dan menutup hubungan rahsia itu. Susah untuk dia meninggalkan perkara terlarang itu kerana dia cintakan Jay dan tidak suka hubungan kelamin bersama wanita. Dia tidak pernah ada rasa cinta pada isterinya, cuma hormat selaku ibu kepada anak-anaknya.


 


Sememangnya benar, Farouk tidak pernah menyakitinya secara fizikal atau mengherdik dengan kata-kata yang menyakitkan. He’s a good man. Tetapi, setelah anak tiga baru kebenaran ini didedahkan, dia rasa tertipu dan merasakan Farouk menjahanamkan hidupnya.


 


Sampai bila kelaknatan ini akan berterusan? Apakah nasib anak-anak mereka yang hidup bergelumang dosa, walhal bukan mereka penyebabnya? Sudahlah isteri yang mempunyai hubungan sulit bersama lelaki lain, suaminya pula mengamalkan seks songsang. Kerana itu, Allah menyarankan manusia untuk hidup berlandaskan Al-Quran dan agama Islam. Jauhilah segala perkara mungkar kerana ia hanya akan mendatangkan kedukaan kepada hidup. Bersyukurlah dengan apa juga yang kalian ada, nescaya ketenangan adalah milik anda.


  >>>>>>>>>> harap perkara nie tidak berulang lagi pada orang lain.. amiin..



KEPADA GOLONGAN YANG MEMPUNYAI MASALAH KECELARUAN NALURI DI LUAR SANA............



saya mohon dan merayu sangat2..


jika anda sudah berkahwin dan masih aktif sebagai gay/lesbian/ LGBT atau PLU tidak mahu berubah..


saya mohon tinggalkanlah pasangan anda dengan cara baik..


saya yakin anda bukan seorang yang zalim..dan..janganlah berkahwin jika anda tidak mahu berubah.. ia akan menyeksa jiwa pasangan anda..


kecuali anda benar2 mahu berubah...


in shaa Allah usaha baik untuk berubah Allah akan buka jalan. yakinlah. ~anamyraa


 









No comments:

Post a Comment