My Blog List

Thursday, September 7, 2017

GAY dan RAHSIA ( LGBT )

Assalamualaikum.. hari ni anamyraa nak coretkan berkaitan gay dan rahsia.. ok memandangkan anamyraa kenal apa itu gay selepas anmyraa kahwin iaitu setelah anamyraa tahu siapa husband anamyraa sebenarnya. sebelum 'kantoi' anamyraa memang tak tahu LGBT tu apa.. see, innocent tak anamyraa masa tu.. huhu.. yang anamyraa tahu masa tu gay nie adalah lelaki-lelaki sotong yang sukankan lelaki atau maknyah yang sukakan lelaki. memang tak tahu wujudnya dunia bisex, homosexual, bottom, top, flexi, lesbie dan lain2 tu secara mendalam. kini baru anamyraa tahu lelaki dan wanita yang nampak normal 'straight' diluar sana tu ramai yang mmpunyai naluri sonsang malah lebih aktif dengan aktiviti songsang walaupun sudah beranak pinak.. see bahaya tak?? mana tak menular penyakit berjangkit tu.. nauzubillah.


Jenis mereka nie wujud dalam kalangan kita. aktiviti mereka sangat aktif dibelakang kita dan mereka sangat ramai terutama LELAKI. Bilangan gay lebih ramai berbanding lesbian. mereka beropesrasi secara RAHSIA.. dan terus menuar secara RAHSIA. mempengaruhi anak-anak kecil dan remaja secara rahsia. melalui laman sosial atau secara terus. sedar atau tanpa sedar mempengaruhi mereka-mereka untuk terjebak dengan dunia sonsang ini. di barat sangant jelas aktiviti ini ada organisai yang memperjuangankan 'nasib' mereka.


Mereka terus hidup dan membesar dengan 'perkataan' RAHSIA 'simbol' RAHSIA 'gaya' RAHSIA.. hanya mereka yang faham gaya mereka bahasa mereka simbol mereka.. orang yang normal tak akan perasan sikit pun.


ok anamyraa nak kongsi sikit. suami anamyraa sangat perahsia orangnya.. pendiam. bila ditanya memeng jelas perahsia orangnya.. kisah silamnya pun banyak dirahsiakan. sampai la anamyraa sendiri yang selidik dan akhirnya dia mengaku dan cerita itu pun atas paksaan.


Anamyraa tahu siapa dia pun dari diary dia yang dia simpan dalam almari pakaian dia. diari tu dia tulis semasa dia sekolah menengah. masa tu dia baru berjinak-jinak dengan dunia nie. baru berminat dengan kaum sejenis. iaitu kawan sekelas dia. dia akan tulis diari bila dia berasa happy dan berasa sedih. dalam diari tu bukan dia tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga. dia lebih kepada terpegaruh untuk minat dengan kaum sejenis. anamyraa masih mengkaji dan mencari punca sebenar kenapa dia boleh jadi macam tu. doakan semoga anamyraa dapat tahu puncanya suatu hari nanti. bila kita tahu puncanya kita akan dapat cara yang sesuai untuk selesaikan masalah nie.


anamyraa yakin gay dan lesbian nie bukan datang dari genetik atau memang dilahirkan begitu.. jika ada masalah hormon sedari lahir atau dalam kandungan akan jelas nampak penyakit tu contoh paling besar adalah penyakit kunza dan yang berkaitan,. selain dari itu, ianya adalah ujian persekitaran yang menyebabkan dia jadi macam tu.. semoga ALLAH BERI PETUNJUK. amiin.


bila anamyraa semakin ingin tahu, curious sangat nak tahu. anamyraa buat kajian. mereka ni sangat berahsia. bila anamyraa dah tahu.. ALLAH sakit mata nie macam dicili2kan.. merata mereka ada. dlaman sosial paling perit hati dan jiwa nie. bapak orang, suami orang, atok orang pun ada. tapi sikit yang anamyraa jumpa golongan lesbian. mungkin desakan dorongan nafsu serakah jantan gay sebagai lelaki tu lebih kuat dari perempuan.


anamyraa nak kongsikan entry yang anamyraa dapat dari group golongan songsang nie.. tentang mereka nie jenis yang RAHSIA.




Rahsia


Semua orang ada cara mereka sendiri bagaimana untuk menyimpan rahsia.. hari ni tengah aku sedang masuk ke dalam bilik aku, tengok-tengok barang lama.. asalnya aku nak cari komik lama.. tapi aku terpandang pula dengan diari lama aku.. masa tu aku fikir, "oh no!! malu nya!! malu nya!!" kenapa pula nak malu?? sebab kat dalam diari tu lah waktu aku still muda remaja, inesen, tak matang nak luahkan apa yang di rasakan dalam hati.. senang kata, aku banyak simpan rahsia aku pada diari aku tu.. termasuk lah perkara-perkara yang 'songsang' ni..




okay.. macam ni.. aku actually ada empat diari..


1. Diari pertama : 


buku cover beruang.. very lah 'hadek-hadek' sangat time tu.. hahaha... aku paling malu dengan diari aku yang ni.. but actually diari ni memang ada simpan banyak rahsia peribadi aku.. termasuk lah perkara yang 'songsang' ni kan.. WALAUPUN time tu aku tak tahu apa benda 'gey-gey' ni... sebab ‘INESEN’ sangat..


2. Diari kedua :


buku biasa.. memang buku khas untuk diari.. still ada juga 'kesongsangannya'.. sikit-sikit je lah sebab aku tak tulis banyak.. 


3. Diari ketiga :


yang ni bukunya aku buat sendiri.. cover aku hias sendiri.. kira macam buku hasil buatan tangan lah.. i think yang ni maybe matang sikit sebab time tu umur aku dah 16 tahun.. takde lah 'hadek-hadek' sangat.. aku beri judul diari aku tu nama 'A Diary for You'.. diari ni pun i think ada juga lah 'kePLUan' sikit-sikit.. dah mula tulis dalam english sebab kononnya nak improve BI lah.. cadangan cikgu gak kata tulis diari dalam BI antara cara nak improve BI.. diari ni ada dalam simpanan aku kat Australia.. maksudnya aku bawa sekali ke Australia.. tapi aku tak nak baca.. sebab malu nak baca.. malu nak ingat benda-benda lama..


4. Diari keempat :


yang ni pula diari dalam bentuk elektronik.. aku dulu ada kamus BESTA tu.. so aku tulis diari ni dalam kamus BESTA.. simpan.. siap ada password lagi.. yang ni paling 'bahaya' sikit.. sebab lebih kepada perkara 'seksual'.. hahahaha.. apa benda tu?? korang tak payah lah nak faham okay.. tapi jangan pula fikir hal yang bukan-bukan sangat.. sebab time ni pun aku still ‘INESEN’ gak..


aku berbalik kepada perkara 'setiap orang ada cara sendiri nak simpan rahsia'.. hari ni aku terjumpa lah satu kertas di sebalik diari (kedua) aku tu.. korang tengok benda kat bawah ni..
 


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiR5Yjo4PzvmKPdKQhIQr4UwoeyeC91UEcKmuX6xWUHsWEALLt64FAdytXJwF0kwI9-ZPXfCb6dffXMO8RnuMtM1FOe4lILCt3MPmXHAbLZVE9apO3vj1bLl5y8dlp8ULDeP9ZMcxgosWE/s1600/CSC_1231.JPG


apa benda yang ditulis tu?? hahaha.. jangan tanya aku sebab aku sendiri pun dah tak tahu apa yang aku tulis, and dah tak leh nak baca tulisan pelik-pelik tu.. so, macam ni lah.. time dulu-dulu waktu aku still sekolah menengah, aku ni ada punya my own 'secret writing' sendiri.. so, apa yang ditunjukkan kat dalam gambar tu adalah sesuatu yang aku tulis dengan my 'secret writing'.. apa benda yang aku tulis?? kalau difikirkan semula, kalau aku nak tulis satu benda yang punya lah agak berahsia time tu, aku akan tulis guna 'secret writing' ni.. so, apa yang tertulis dalam kertas tu adalah satu benda yang punya lah 'rahsia'.. sebab tak nak bagi orang tahu.. most probably benda yang aku tulis tu adalah berkaitan tentang kePLUan itu sendiri.. kalau dulu-dulu aku boleh tulis guna secret writing ni dengan pantas, sebab aku dah hafal.. but sekarang aku sendiri pun dah tak leh nak baca apa yang aku pernah tulis.. 


aku saje nak kongsi 'kertas berahsia' ini.. even secara aku mula start curious apa benda lah yang aku rahsiakan dulu-dulu ni.. sebab aku sekarang kan dah tak pandai nak baca my secret writing ni.. so, berkenaan tentang rahsia, i think ini lah antara cara orang nak simpan rahsia diri.. hidup aku punya lah penuh dengan misteri time dulu-dulu.. sekarang ini, benda ni tinggal satu rahsia, yang mungkin selamanya akan jadi rahsia sebab penulisnya pun dah tak pandai nak baca..


 


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_A9rTjq63bX64oPSbv1PIwxes_jcJmEbYA9P_p6b29s0Kp6p6Q0XQmqivLdlV_1pm5cMPEuVS7BFgPXmPKCe1cTQlh6FImfdt-FaYn0H5_3XWy-eskR-JSTCIX6FtAs4avi0FgRF3uMA/s1600/CSC_1232.JPG







# kalau tengok semula, macam cantik pula my secret writing ni...


DIBAWAH NIE ANTARA KOMEN GOLONGAN MEREKA BERKAITAN ENTRY DI ATAS




Anonymous:


Dr jauh mcm tulisan korea pun ade..i used to hv a secret writing too




aku bukan sekadar ada secret writing, tapi aku ada my own secret language...hahah..aku cipta bahasa aku sendiri, tak susah pun, just tukar2 huruf je...samapi sekarang aku still guna bahasa dan tulisan tu untuk benda yg entah apa-apa...hahha

contohnya macam ni: alu shyirang mymalo gaz....




mmg sumer plu(not LGBT) ade secret writing sendiri eh?? I used to have my own too...


 

No comments:

Post a Comment